NAK TAU INFO KLIK SINI

Thursday, July 19, 2012

PELAJAR BOLEH BAWA HANDPHONE KE SEKOLAH- GK TIDAK SETUJU

Salam reader,
GK dapat tau pelajar sekarang diberi kebenaran boleh bawa mulai tahun 2013..
GK tak setuju..amat-amat tak setuju..

Pelajar sekolah berkemungkinan dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah mulai tahun 2013. Begitulah kenyataan yang dibuat Datuk Dr Wee Ka Siong ,Timbalan Menteri Pelajaran. Perkara itu antara yang terkandung dalam Draf Peraturan Pendidikan Displin Murid 2012, yang kini di peringkat akhir, sebelum dibawa kepada pejabat Peguam Negara dan diluluskan.


Sebab apa GK tak setuju..mai dekat sikit GK nak story..ini kisah benar bukan rekaan atau copy entry orang ok...citer ni di citerkan sendiri oleh ibu pelajar itu merupakan sepupu GK..

Sepupu GK bawa anak dia ke KFC..Sampai di depan pintu KFC anak dia tak mau masuk..mak dia tanya"Awat Rayyan tak mau masuk..tadi kata nak makan ayam.."anak dia pun jawab "Abang tak masuk,,dalam KFC tu ada kawan abang".."Apa masalahnya kalau ada kawan abang?""Abang tak mo masuk, abang malu..""La awat nak malu pulak..jom la masuk orang tengok kita nie""Jom la bu kita balik..abang tak nak makan la..""Awat pulak ni..ok jom kita balik..tapi satgi abang citer pasal pe ye"Masa dalam kereta:  "erm..abang malu kawan abang tue ada IPAD..""Habis apa masalahnya kalau kawan abang ada IPAD?""Semua orang suka dengan dia..bila dia tunjuk Ipad..semua kawan-kawan serbu dia""Abang nak Ipad juga boleh tak bu...?"si ibu pun tergamam...
Agak-agak korang pelajar boleh fokus belajar ke kalau bawa telefon bimbit ke sekolah?
dah la sekarang senang sangat nak melayari internet...guna ipad guna tablet guna handphone pun dah boleh surf laman web porno, muzik,games dan seangkatan denganya yang boleh merosak minda...

NOTA KAKI:
GK dulu dok hostel tak dak pun telefon bimbit nie..guna public phone je..boleh je belajar..sampai juga universiti...alhamdulilah jadi manusia guna sekarang..dapat juga la pegang title pegawai...

No comments :

Post a Comment

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP