NAK TAU INFO KLIK SINI

Tuesday, September 11, 2012

CINTA PANDANG PERTAMA

Salam semua,
GK nak tanya ada tak sapa-sapa yang pernah mengalami cinta pandang pertama..
Apa perasaan korang masa tue..mesti berbunga- bunga kan..
Apa yang GK paham cinta pandang pertama nie umpama "DARI MATA TURUN KE HATI"..

Seseorang lelaki atau wanita yang secara kebetulan terserempak dengan pasangan yang belum pernah kenal. Apabila dikatakan cinta pandang pertama, bererti hasil pertemuan yang tidak terancang itu sudah ada bibit cinta antara kedua, rasa cinta mula berputik di hati. Pada pertemuan itu mereka mungkin tidak sempat berkata-kata, tetapi sudah tersimpan dalam hati bahawa “dia sesuai untuk aku.”
Hasil pertemuan itu, salah seorang daripadanya akan cuba merisik dengan bertanya-tanya kawan masing-masing kalau-kalau mengenali orang yang dimaskudkan itu. 

Indahnya cinta pandang pertama nie..lagi indah andai sampai ke jinjang pelamin..
GK ada story juga pasal cinta pandang pertama nie..GK dengan husband pun berkenalan dari cinta pandang pertama juga la...asalnya abang angkat GK bagi no tel GK kat suami GK..masa tue time study kat uitm ambik diploma umur pun baru 19 tahun...biasa la time..jiwa tengah bergelora...ada pulak orang dok mesej..mula-mula buat silap mesej padahal dia memang nak mesej GK..saja buat-buat tanya si mamat mana tah..bila GK kata tak de la silap no..dia mesej lagi..kalau berhari-hari dok mesej...asal dari silap no terus mesej meleret-leret...pastu dia ajak jumpa..tapi GK tak terus jumpa dia..GK kata "kalau nak jumpa saya mai rumah abang GK yang sulung"..abang GK yang sulung nie memang garang..kalau ayah GK garang dia lagi garang pada tue...tapi alhamdulilah abang GK boleh terima dia..pastu GK bawa jumpa akak GK pulak..tak sangka hubungan kami di restu..alhamdulilah kekal sampai sekarang...lama juga la kami bercinta jarak jauh jumpa pun jarang-jarang sampai GK habis degree pastu dapat keje terus rombongan meminang pun sampai depan rumah...10.10.2009 kami pun di ijab kabulkan...

Pertama kali GK tengok muka suami secara live masa tue hari rabu 16.6.2004..GK masih ingat lagi tarikh tue..masa tue GK tengok suami terus hati kata "Ya Allah bagi Zaidi menjadi suamiku dan ayah kepada anakku"..tak sangka doa GK dimakbulkan...kami bercinta 6 tahun, bertunang10 bulan, alhamdulilah semalam genap la setahun umur anak GK..kami pun dah 3 tahun mendirikan rumah tangga..kami harap kebahagian terus kekal sehingga ke syurga...





3 comments :

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP