Sebelum nie GK ada publish story pasal perkahwinan ustazah khasif dengan dato seri hizal..
Ada pengomen nie dia kata perkahwinan nie tak dapat restu dari isteri pertama dato seri..GK pun terpedaya dan caya komen tue bulat-bulat...
Tadi baru GK terjumpa email yang ditulis oleh madu sharifah khasif iaitu Datin Seri Zakiah.
Kesian madu ustazah nie diganggu oleh orang-orang yang jeles dengan kebahagian diorang..
Korang baca la..email yang ditulis oleh datin seri nie..harap pasni tak de lagi isu..siapa rampas siapa ye...
Tak semua perempuan tak suka dimadukan...
Payung emas untuk yang rela dimadukan...
Tiada makna apa-apa ye.. |
“Assalamualaikum, saya, Datin Sri Shahrul Zakiah Mat Yusof, isteri kepada Datuk Sri Mohammad Hizal Othman. Pada 22 September lalu saya terbaca pengakuan Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman di dalam akhbar Harian Metro. Saya melihat perkara ini semakin kusut dan kronik sehingga saya rasa terpanggil untuk membuat kenyataan akhbar agar segala kekusutan dan tohmahan dapat diperjelaskan.
“Daripada pengesahan status perkahwinan yang dibuat Sharifah Khasif tempoh hari menyebabkan saya pula ditimpa panggilan, soalan dan pelbagai pertanyaan seolah-olah membayangkan saya dan keluarga dilanda kesedihan serta kemurungan. Sebenarnya ia tidaklah seperti yang digambarkan.
“Untuk pengetahuan semua, saya terlebih dulu dimaklumkan oleh suami mengenai pernikahannya itu sebelum ia berlaku dan saya juga bersedia untuk menerima Sharifah Khasif sebagai ahli baru dalam keluarga saya yang lebih senang dipanggil ‘adik’. Di sini, ingin saya tegaskan bahawa tidak ada berlaku kahwin sembunyi-sembunyi seperti yang diuar-uarkan. Saya berharap dan berdoa agar perkahwinan ini akan membawa kebaikan dan mendapat keberkatan Allah di dunia dan di akhirat.
“Saya juga menerima suratan pertemuan, jodoh, ajal dan maut semuanya ditentukan oleh Allah SWT. Saya menerima dengan hati yang terbuka disertai doa agar dibalas dengan kebaikan dan rahmat. Saya juga bersyukur kerana suami saya seorang yang sangat penyayang dan bertanggungjawab kepada saya sekeluarga. Semoga sifatnya itu akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Diharap pengakuan ini akan merungkai segala pertikaian yang berlaku selama ini.” katanya.
Alhamdulillah.. semoga bahagia hingga ke syurga
ReplyDelete