Wah dah macam dalam drama korea je..
Selalu kita boleh tengok slot drama yang kena kahwin paksa semata-mata kerana duit tapi nie reality..
Pada mana-mana laki yang tak de duit cuba la tackle anak billionaire Hong Kong nie...
Muka dia memang cun, cukup sifat sebagai wanita tapi sayang dia seorang lesbian...huuuhhu..
Bilionair Hong Kong, Cecil Chao Sze-tsung, yang ingin menyaksikan anak perempuannya, Gigi, berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.Namun hasratnya tidak kesampaian apabila Gigi, yang juga lulusan Universiti Manchester rupanya seorang lesbian dan dilaporkan telah mengikat tali pertunangan dengan rakan sejenisnya, Sean Eav di Paris pada 4 April lalu.Tidak mahu berputus asa, Cecil kini menawarkan ganjaran lebih Rm 200 juta kepada mana-mana lelaki yang berjaya mencuri hati anak perempuannya hingga ikatan mereka berakhir di jinjang pelamin.Taikun hartanah itu melancarkan pencarian suami baru-baru ini.“Saya tidak kisah sama ada lelaki itu miskin atau kaya, yang penting dia mempunyai sifat yang baik.“Gigi adalah seorang wanita yang baik selain mempunyai rupa serta berbakat. Dia amat menyayangi ibu bapanya dan suka melakukan kerja-kerja kebajikan,’’ kata jutawan berkenaan.Cecil berkata, wang berkenaan adalah sebagai tarikan kepada mana-mana lelaki untuk memikat anaknya, bukan dijadikan modal untuk memulakan perniagaan sendiri.Namun beliau tidak akan memaksa anak perempuannya itu jika dia enggan mengawini lelaki berkenaan.Gigi kini merupakan pengarah eksekutif di syarikat hartanah bapanya, Cheuk Nang.Hasrat taikun berkenaan bagaimanapun mendapat kritikan dengan ramai yang menyifatkan tawaran tersebut umpama menjual anak sendiri.Malah ada juga yang memintanya menerima anaknya itu seadanya walaupun dia seorang lesbian.
lorh.. x normal tu
ReplyDeletesmoga terbuka hati pada lelaki
dasat org skrg nie..
ReplyDeleteKesian kat jutawan ni kan sis...
ReplyDeleteNak mcm mane nak yang mcm tu ja kan....selera dia hehehehe
ReplyDeleteUpsss
ReplyDeleteNak mcm mane kan selera dia mcm tu
ReplyDelete