NAK TAU INFO KLIK SINI

Monday, September 10, 2012

PAHITNYA MADU UNTUK WANITA, MANISNYA MADU BAGI LELAKI

Salam semua,
GK ada terjumpa satu luahan hati seorang wanita yang akan dimadukan oleh suaminya...
Sebagai seorang isteri GK tersentuh hati juga baca luahan hati isteri-isteri yang telah dipoligami, yang akan dipoligami dan perempuan yang bercinta dengan suami orang dan sanggup merampas suami orang semata-mata cinta berahi mereka... nak baca kisah mereka layari http://blog.dcckmona.com
GK nak share satu artikle bertajuk "Bagaimana untuk menerima poligami? Tolong lah.."
Aku berkahwin telah 6 tahun, ada 3 org anak. Sejak zaman usia perkahwinan 5 tahun lebih, aku dapat rasakan ada sesuatu yg tidak lengkap dlm hidup kami. Omputih kata ada something missing. Tapi aku tak tahu apa mendenya. Hidup kami telah menjadi satu rutin. Sudah start rasa bosan. Dlm pada aku tgh cuba memperbaiki keadaan, aku disahkan pregnant la pulak. So, byk aktiviti kena dihadkan. Lagi lah bertambah bosan.
Dugaan Allah pun tiba. Suamiku dihantar syarikat kerjanya ke Timur Tengah selama 2 bulan. Sebelum ini pun suamiku pernah berjauhan denganku selama hampir 2 tahun, kami cuma berjumpa hujung minggu. Jadi aku rasa perasaan aku biasa saja. Biarlah, insya Allah dapat rezeki lebih, aku pikir. Dalam masa 2 bulan berjauhan, aku sudah mula mengesan suatu kelainan pd diri suami ku. Kalau dulu, setiap hari dia akan telefon menanya khabar aku dan anak2. Namun sewaktu dia berada di negara Timur Tengah ni, dia amat jarang membuat panggilan dengan alasan mahal. Dia ajar aku suruh pakai Skype, program yg free tu, nampak gambo lagik. Ok, aku cuba. Memang best program ni. Pertama kali aku dapat lihat wajahnya setelah hampir sebulan berpisah, air mataku menitis kerana terlalu rindukan dirinya. Tapi dia tak perasan semua itu. Aku juga perasan yg suamiku bertambah smart orangnya. Tapi bila aku try tulis mende2 jiwang mcm I miss you, dia buat tak layan…lepas tu siap boleh attach video pompuan tgh nyanyi lagi jiwang. Nickname dlm Skype pun dah lain macam.
Memang naluri seorang isteri Allah beri satu keistimewaan. Aku sudah mula rasa ada sesuatu yg tak kena. Ditakdirkan dia kena buat projek lain dan kena pulang ke Malaysia lebih awal dari jadual asal. Saat balik je, terus langgan Streamyx broadband. Ada PDA yg boleh online anytime. Main komputer sampai pukul 2 pagi. Mak aii…lepas tu tak jauh dgn handphone. Aku dah start rasa bengang. Bila dah tak tahan, satu hari tu aku tanya “Ada orang istimewa ke dlm handphone tu, kenapa asyik main SMS saja?” Dia kata dia memang suka layan pompuan kalau kat chat. OKlah, masa aku tanya tu pun aku dah nangis, sebab aku dah mula rasa sedih dan tak kena. Masa ni aku mengandung anak no. 3 (7 bulan). Seminggu lepas tu aku masih lagi rasa jiwaku tak tenteram. Aku kata, marilah kita pegi makan dinner kat tempat special, supaya kita boleh discuss sebab fikiran aku bercelaru dan jiwa kacau bilau.
Kami pun pergi ke satu restoren hotel 5 bintang. Dlm pada nak berdiskusi tu, siap sempat lagik dia layan handphone tuh. Aku dah naik darah, tapi aku masih bersabar. Aku kata, biar dia bicara dulu. Dia terus tanya soalan Kalau I kata I nak kahwin lagi satu, amacam?. Ya Allah, masa tu rasa mcm nak gugur jantung aku. Dah la aku ni tgh pregnant, memang tiada simpati langsung. Pikir diri dia saja. Aku kata, aku tak setuju.  Sebab memang dia tak mampu. Bukan setakat wang ringgit, tapi dari segi perasaan, aku rasa dia ni tak boleh handle 2 families sebab dia ni sgt sensitif orgnya. Aku kata, aku letak dia dipersimpangan, pilihlah jalan mana yg dia nak pilih. Org baru atau ceraikan aku. Aku mmg tak lalu makan kat restoren tu, penghabisnya aku muntah. Malam tu tak boleh tido langsung. Dia selamba je tidur lena.
Hari-hari berlalu. Dia berjanji nak tinggalkan pompuan tu, tapi aku dpt rasakan yg mereka ni berhubungan setiap hari melalui chat n sms. Aku tahu dia ada hati dgn seorang budak ni. Satu hari aku terbaca SMS nya. Amboi, begitu mesra. Bila aku tanya siapa, dia kata alah, budak ofis masa kat Timur Tengah tu. Lepas tu suamiku makin kerap balik keje lewat. Pukul 9 malam ke atas baru balik. Selalunya anak2 dah tido. Lepas tu handphone tak renggang, walaupun dah tak main chat waktu malam. Bila tanya biasalah, banyak kerja. Kang kalau mati kat ofis, baru padan muka, kekadang aku nak jer cakap mcm tu.
Sampai masa aku lahirkan baby kami Mac lepas. Dalam pantang itu lah satu seksaan yg amat berat aku rasa. Dera ni bukan sekadar fizikal je. Suami ku dera aku lagi teruk, dera dari segi perasaan. Dia buat muka masam dgn aku, bila aku tanya soalan, mcm malas je nak jawab. Tiap masa tunjuk muka munyuk kat aku. Siapa tak tension? Dah lah jiwa aku tak tenteram, nak baca Quran or solat tak boleh lagik. Kami buat juga beberapa slow talk. Kebanyakannya melalui online chatting sebab dia ni jenis tak byk cakap, bettertulis. Nak dipendekkan cerita, aku beri dia pilihan. Samada memilih aku, aku ceraikan aku. Dia berkeras nak simpan dua-dua. Aku tanya apa salahku? Berilah peluang untuk kita perbaiki kelemahan, tapi dia menolak. Katanya there’s nothing you can do. Pompuan itu melengkapi hidupnya dan hidup kami. Aku memang teramat sedih dan kecewa yg amat sangat. Masa ini kan, hanya lah ruangan DCCK ni jadi panduan hidupku.
Sampai aku naik keje Mei lepas, hari pertama aku naik keje, aku dapat email . Suamiku kata “Kita perlu berbincang mengenai perpisahan dan perkara2 yg berkaitan dengannya“. Aku terdiam sejenak. Lepas tu baru lah aku telefon ibunya memaklumkan apa yg dah berlaku. Bayangkan, selama ni aku simpan molek rahsia perkahwinan kami ini. Airmata dan doa pada Allah jer jadik teman setia. Ibunya telefon suamiku dan aku rasa dia ada beri nasihat – pikirkan anak2 yg masih kecil. Betul ke dah nekad? Aku tunggu juga malam itu utk suamiku berbicara, tapi dia senyap.
Sebulan selepas tu, aku pegi training ESQ. Sesiapa yg belum pergi, aku rekomen abis-abisan supaya korang pegi training ni. www.esq.com.my.Dalam training ni, kita diajar secara praktikal dan kesedaran tu timbul dari dalam diri kita sendiri. Aku fikir, hidup kita ni singkat je. Biarlah apa org nak kata, yg penting hubungan kita dengan Allah, sebab kita akan berjumpa denganNya satu hari nanti. Bila dah dapat  kesedaran tu, aku tulis email kat suamiku, aku kata aku benarkan kalau dia nak kahwin lagi. Asalkan jgn lupa tanggungjwb pada aku dan anak2. Alhamdulillah aku ni bekerja, jadi boleh lah berdikari kalau aku mahu.
Selepas jer aku bagi kebenaran, mak oii, SMS tu org kata dah jadik kemaruk lah. Sampai satu hari aku sound dia, kalau nak main sms, jgn buat depan aku. So apa lagik, dia pakat balik keje lambat lah. Sebab pompuan tu masih berada di sana, so tibai chat je lah nak jimat kos. Aku cuba jadikan diri aku pasrah dgn apa yg akan terjadi. Kekadang dalam doa pun aku keliru juga. Apa yg patut aku doakan. Utk selamat, aku berdoa begini:
Ya Allah, jika si X ini adalah lelaki terbaik buatku, kau kekalkan lah dia sbg suamiku. Bukakan lah hatinya utk terima hidayah dan petunjukMu. Jauhkanlah dia dari segala perbuatan maksiat. Jadikanlah hati ini redha dgn segala takdirmu, kerana hanya Engkaulah yg tahu apa yg terbaik bg kami”.Dalam pada tu, kekadang aku berdoa juga supaya pompuan tu tinggalkan dia. Sebab hikmahnya aku belum tahu. Kalau dia kahwin lagi, kalaula dia sakit, at least ada 2 pompuan boleh jaga dia. Ini cara aku nak sedapkan hati aku lah. Tapi bila kekadang aku terbaca SMS tu, berbulu jugak satu badan. Aku cuba sedaya upaya utk tak baca SMS dia, tapi selalunya aku kalah. Sebab dari situ aku belajo sejauh mana dah hubungan mereka. Baca masa dia dlm toilet lah..
Sekarang ini aku dalam dilemma sebenarnya. Aku berdoa supaya perkahwinan kami dikekalkan, dan segala yg kurang dapat  diperbaiki. Tapi suamiku pulak sibuk dok layan pompuan tu. Aku masih cuba tenangkan hati. Kalau diorang nak kahwin, aku akan ceritakan segala-galanya di mahkamah. Memang bercelaru juga. Memang hebat dugaan Allah pada aku kali ini.
Tak lama lagi pompuan tu balik. Dah la keje satu ofis. Risau aku…

NOTA KAKI:
Perit berpoligami kalau sang suami tak adil... 

5 comments :

  1. baca dan lepas tu termenung..hebat sungguh dugaan

    ReplyDelete
  2. saya bersimpati pada nasib awak...utk pengetahuan saya juga isteri ke2..
    masa tau suami ada saya isteri dia marah, melenting maki hamun saya..tapi tak boleh nak kata apa mmg la mungkin saya pon klu ditpt dia akan rasa benda yg sama..alhamdulillah saya pasrah pada jodoh dan takdir Allah..ada juga jodoh kami...skrg nie isteri dia tak call saya lagi lepas tau kami dah nikah..cuma apa yg nak saya share disini..kalau suami nak nikah lagi ..pastikan laksana tanggungjawab dan berlaku la adil pada isteri2 anda..dan jangan cuba selindung apa2 kerana isreri ni ada instinct sendiri..nasihat saya pada awak bersabar banyak2..wlu isteri ke 2 ni pun kadang2 ada perasaan yg sama...saya pun tgh muhasabahkan diri ni..hrp berjaya la..jaga anak2 dgn baik dan jaga kerjaya kita..apa2 pon kita ada tpt bergantung...in case la apa2 jadik and plan ke mahkamah itu bagus..

    ReplyDelete
  3. erm...rasanya cik yang komen nie baca tajuk je kot...sebenarnya entry nie bukan mengenai saya...tapi ini cerita dari seorang perempuan yang lain yang saya kongsikan disini..alhamdulilah saya masih tidak lagi dimadukan..dan harap kekal sehingga akhir hayat..amin

    ReplyDelete
  4. sama yg mcm aku lalui.......1 bini tak mampu bg makan tapi gatal nak cari lain..

    ReplyDelete

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP