NAK TAU INFO KLIK SINI

Wednesday, September 26, 2012

REAKSI FIZZ FAIRUZ BILA GAMBAR DIA TIADA DALAM POSTER FILEM HANTU KAPCAI

Salam semua,
Teringat GK dengan satu orang pelakun filem "LU PIKIR LAH SENDIRI THE MOVIE" bila gambar dia tiada dalam poster..dia punyer marah dan terasa hati...mungkin itu lumrah artis baru nak naik kot...

Tapi lain pulak dengan artis kesayangan GK, sapa lagi kalau bukan fizz fairuz..GK suka tengok dia senyum manis sangat..lagi buat GK suka kat dia..dia berlakon sebab nak cari rezeki bukan kejar populariti murah..
Terbaru dia berlakon dalam Filem Hantu Kapcai arahan KRU production..
Walaupun tiada gambar dia dalam poster tue, tapi Fizz tak melenting langsung...cuba korang baca koemn Fizz...
PETALING JAYA: Aktor Fizz Fairuz berkata dakwaan kononnya dia tidak berpuas hati kerana wajahnya tidak dipaparkan pada poster filem terbaru Hantu Kapcai hanyalah gurauan kosong yang disalah tafsirkan oleh pihak tertentu.
Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 33, berkata, dia tidak mempunyai sebarang niat ketika mengeluarkan kenyataan kononnya enggan terlibat dalam promosi filem terbitan Showbiz Productions itu kerana perkara tersebut.
Dakwaan kononnya saya tidak berpuas hati kerana muka saya tidak ada dalam poster filem Hantu Kapcai adalah mengarut dan gurauan semata-mata.
“Saya tidak bermaksud apa-apa ketika mengeluarkan kenyataan kononnya saya tidak mahu mempromosikan filem itu kerana wajah tidak dipaparkan pada poster filem tersebut,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Selasa.
Fizz berkata, perkara itu tidak perlu timbul kerana sebagai pelakon profesional dia lebih mengutamakan komitmen lakonan berbanding hal remeh-temeh berkaitan isu wajah di poster filem.
“Ini bukan kali pertama saya berlakon di bawah produksi KRU. Sudah berapa banyak filem kami bekerjasama tidak ada pun wajah saya dalam poster-poster filem sebelum ini.Fizz Fairuz
Jangan jadikan hal remeh-temeh ini sebagai isu kerana industri filem kita bukannya besar mana, pusing-pusing pun di situ juga,” katanya.
Mengenai projek terbaru, Fizz berkata, dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul Cinta Kau dan Aku untuk tayangan RTM.
Kekasih kepada aktres Almy Nadia ini juga bakal terlibat dalam penggambaran filem terbitan KRU Studios dan Kabir Bhatia tidak lama lagi.
NOTA KAKI:

Takpe Fizz tak de gambar pun janji ada nama kat poster tue..

post signature

No comments :

Post a Comment

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP