NAK TAU INFO KLIK SINI

Tuesday, September 25, 2012

TIP UNTUK MENJADI PENULIS BLOG YANG DISUKAI

Salam semua,
Tadi GK terbaca entry dari website artikle.com, penulis ada menyetuh mengenai " TIP UNTUK MENJADI PENULIS PROFESIONAL"..
GK gunakan tip yang beliau berikan, GK try apply untuk menjadi blogger yang digemari ramai...
GK pun masih baru dalam dunia blogging nie..alhamdulilah tip-tip macam nie boleh memperbaiki mutu penulisan blog GK...semoga tip-tip nie boleh membantu gaya penulisan korang juga..

TIP UNTUK MENJADI PENULIS BLOG YANG DISUKAI:

1. BANYAK MEMBACA:

- Nak jadi penulis blog nie, kita kena banyak ilmu..alhamdulilah GK memang suka beli buku dan majalah seperti majalah wanita, mingguan wanita, harmoni, al-ustaz, solusi dan banyak lagi..bila GK baca sesuatu majalah tue dan GK terjumpa entry yang menarik..GK akan salin dan publish ke blog GK..selalunya GK publish kat blog HASILTANGANGADISKAMPUNG iaitu blog ke-2 GK..untuk pengkongsian bersama..

2. TULIS APA ORANG SUKA BACA:
- Untuk menjadi penulis blog yang disukai atau digemari orang, kita tak boleh la menulis ikut kepala otak kita je...contoh :korang minat bela arnab, pastu korang buat semua entry pasal arnab je..korang kena paham tak semua orang suka arnab mungkin ada orang suka kucing dan sebagainya..kita kena pelbagai entry dalam blog kita baru boleh tarik minat membaca dari pelbagai golongan...GK suka blog yang ada macam-macam citer..ala-ala slogan astro "MACAM-MACAM ADA".

3. PILIH WAKTU MENULIS:
- GK penah baca entry redmummy, dia kata kalau nak blog kita dikunjungi ramai, kita kena publish sekurang-kurangnya 5 entry satu hari..huhuhu GK tak mampu nak buat macam tue, kadang-kala kekeringan idea tue yang copy entry orang..(korang ada buat tak)..GK perhatikan kebanyakan remaja suka layari internet pada waktu senja sehingga ke lewat pagi..kalau korang rasa time tu  idea mencurah-curah why not korang taip entry banyak-banyak then buat schedule publish.. 

4. MENULIS BERDASARKAN KEMAHIRAN KORANG:
- GK perhatikan ramai orang sekarang suka ikut trend..mentang-mentang la sekarang blog hiburan mendapat sambutan ramai contoh macam blog beautifulnara, ohbulan,ohartis dan banyak lagi...korang pun buat entry pasal artis...kita kena buat entry yang betul2 kita yakin boleh tarik orang..nanti kalau orang tanya soalan korang boleh jawab dengan mudah...tak de la biar orang tertungggu je..

5. PASARKAN PENULISAN BLOG ANDA:
- Dah penat-penat korang tulis blog, korang promote la entry korang kat facebook korang ke.facebook blogger malaysia, kat twitter, pastu jangan lupa promote kat pingbusuk, kartikel,com,apesal.com dan banyak lagi la...jangan biar terperuk duduk dalam blog korang je...sayang entry yang bagus dibiarkan tersisih...


post signature

2 comments :

  1. Full of informasi.Nice blog.keep it up sis
    feel free to visit http://cocoapinky.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas info yang diberi...

    ReplyDelete

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP