NAK TAU INFO KLIK SINI

Thursday, September 12, 2013

GAMBAR MAJLIS PERSANDINGAN ABBY ABADI DAN FARHAN DI KELANTAN

Baru-baru ini Abby Abadi dan Farhan telah selamat diraikan dalam majlis persandingan di kediamannya di sekitar ibu negara, dan terbaru mereka telah diraikan pula oleh keluarga pihak lelaki dalam satu majlis persandingan di kampung suaminya di Tumpat, Kelantan. Walaupun pasangan itu bersanding dengan cara yang agak sederhana, tetapi terpancar kebahagiaan di wajah mereka apabila anak-anak Abby turut bersama meraikan.
Pasangan merpati dua sejoli itu mengenakan baju kurung dan baju Melayu rona hijau muda. Malah, Abby juga sempat memberitahu bahawa baju yang dipakai ketika bersanding itu dibelinya sehari sebelum majlis kerana baju yang sepatutnya dipakai pada hari itu, tidak hadir dengan tudung. Abby memberitahu lagi, walaupun gaya bajunya tampak seperti majlis perkahwinan zaman 80-an, namun dia sukakan persalinan itu. Asalkan dia dapat memakai pakaian lengkap menutup aurat.

post signature

No comments :

Post a Comment

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP