NAK TAU INFO KLIK SINI

Monday, March 3, 2014

REVIEW: MY POWERBANK PINENG PN-968

Minggu lepas GK dah beli powerbank jenama pineng jenis PN-968...sebelum ni penah baca la artikle blogger-blogger femes buat review asal powerbank nie..kebanyakan diorang dok promote powerbank jenama pineng ni la...tapi kebanyakan diorang beli jenis PN-910s..jenis nie mahal sikit harga dia..sebab mah dia dalam 11200mah berbanding yang GK punyer ni hanya 10000mah...tapi kira ok la GK dapat dengan harga RM80 dari seorang adik ni dia penjual powerbank pineng sekitar alor setar..dia bagi warranty setahun untuk powerbank...

Berhati-hati dengan powerbank tiruan...

Korang boleh cek no siri kat website pineng untuk kenal pasti powerbank yang dibeli tiruan atau fake...

Ini powerbank GK...GK beli dua biji powerbank ni..GK bagi anak menakan warna putih oren..GK ambik yang color grey putih...
Masa beli porch tak disediakan ..so GK guna porch beg yang abang GK bagi gift dari japan..nampak exclusive sikit la powerbank nie dok dalam porch nie...


Ciri menarik mengenai powerbank ini ialah 
  1. Kecil dan ringan.
  2. Mudah alih, boleh cas dimana saja
  3. Ada skrin kat powerbank tu..korang leh tau berapa % dah korang guna.
  4. Fungsi lampu suluh LED , yang boleh membantu dalam gelap. nak guna lampu ni kena tekan dua kali kat button on.
  5. Sesuai untuk telefon yang paling pintar, laptop, tablet, kamera dan benda yang boleh dicas la...
  6. Boleh cas dua item dalam satu masa sebab powerbank ini ada dua usb...



Operasi untuk Mengecas Produk Digital:
1. Sambungkan smartphone korang ke powerbank dengan USB menyambung kabel dan penyambung penyesuai yang betul ;
2. Tekan butang suis 1 kali , ia akan mengecas smartphone korang tue.
tak pun korang just
3. Plug in smart phone korang, powerbank akan berada dalam status cas secara automatik.

Pineng PN- 968 10000mAh , sesuai untuk iphone 5 , iPhone 4, iPhone 4S , iPad, Samsung Galaxy , telefon bimbit, MP3 , MP4 , PSP dan peranti digital yang lain.

NOTA KAKI:
Powerbank ini sesuai untuk orang yang gile tangkap gambar macam GK pastu suka edit gambar...kebetulan ada dua usb boleh cas tablet anak GK dalam masa sama boleh cas handphone GK...kalau jenis kaki whatsapp dan we chat tue better la sambar satu powerbank...

11 comments :

  1. Npe ye sy chrge hphone sy note3 xsmpt pnuh pn dh hbs pwer tu... sdgkn lau ikutkn pwer hphoe tu bru 3000mah..

    ReplyDelete
  2. ye ke GK punya tak lak jd mcm tue...selalu kalau 100% tu leh cas 4 kali juga la...batery GK dalam 2300mah macam tue la

    ReplyDelete
  3. Salam. Sy baru beli power bank yg same mcm ni. Sy charge smartphone guna power bank ni dlm mase 2 jam baru 50% charging. Biasa if charge guna charger hp tu 2jam dah fully charged. Memang if guna power bank lambat full ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Power bank tu ada verification code tak? Atau waktu cas tu kamu ada guna smartphone kamu.

      Delete
  4. mcm powerbank x ori jew....

    ReplyDelete
  5. Ooo ye ke ta ori....alhamdulilah dah guna 7bulan OK lagi la

    ReplyDelete
  6. Salam. Hee saya pun baru beli powerbank PN968 ini dengan harga RM49 saja.

    ReplyDelete
  7. Blh ke powerbank ni cas laptop? Klu blh nk guna kabel mcm mn? Kdg ada tempat tak sediakan kemudian elektrik utk cas laptop

    ReplyDelete
  8. Setakat yang saya tahu, laptop boleh cas power bank, kalau power bank nak cas laptop kena ada kabel khas, tu pun tak tau la boleh ke tak.

    Siapa nak power bank pineng original, boleh la WhatsApp saya ye...
    +601120789083
    Harga murah. 100% original. Warranty 1 tahun. Free pineng pouch dan usb kable. Ada hologram dan verification code, boleh sahkan keoriginalannya di web rasmi pineng.

    ReplyDelete
  9. Senang jer cara nak kenalpasti / verify power bank pineng anda original atau tak .

    http://sifupowerbank.com/power-bank-original-pineng-atau-tiruan/

    ReplyDelete

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP