NAK TAU INFO KLIK SINI

Tuesday, July 1, 2014

CARA PALING MURAH MENONTON WOLD CUP BRAZIL 2014

Peminat bola sepak dari Selatan Amerika yang tidak mampu untuk menyewa hotel kini bertindak tidur di tepi pantai popular itu; ada yang memasang khemah, tidur di dalam van dan ada juga yang tidur di atas pasir sahaja.

Disebabkan harga hotel yang naik memuncak dari AS$200-AS$250 (RM643-RM803) semalam ke AS$700-AS$800 (RM2,249-RM2,571) satu malam, warga Argentina, Colombia, Chile serta Ecuador tidak mengendahkan amaran pihak berkuasa Brazil akan bahaya bermalam di tempat terbuka.

world cup, piala dunia, copacabana
Kaki bola tidur di pantai Copacabana di Rio de Janeiro, Brazil, setelah harga hotel naik melonjak sempena Piala Dunia 2014. - AP Photo/Wong Maye-E

Memetik laporan portal Daily Mail, seorang pengunjung yang bermalam di tepi Pantai Copacabana, Emmanuel Estrada, 29 berkata, beliau mengambil masa selama empat hari memandu keretanya dari Buenos Aires ke Sao Paulo semata-mata untuk menyaksikan perlawanan pembukaan Piala Dunia.

“Kami akan terus berada di sini sehingga Argentina menang Piala Dunia, dan semestinya beberapa hari selepas itu juga,” kata Estrada yang bekerja sebagai tukang paip di Buenos Aires.

Sementara itu, seorang mekanik dari Chile, Fabian Alvarez yang telah memandu sejauh 5,000 kilometer pula berkata beliau membuat keputusan untuk tidur di dalam van selepas gagal mencari hotel murah di Rio.

Menurut Fabian, beliau bercadang untuk berbelanja sebanyak satu juta peso Chile (RM5,749) untuk sepanjang perjalanannya di sana termasuk petrol, makanan serta tiket menonton perlawanan Piala Dunia.

“Kami berasa selamat di sini. Semua ini berbaloi. Saya merasa sebak sewaktu kami menyanyikan lagu kebangsaan Chile di stadium,” kata Alvarez yang telah menonton perlawanan antara Chile dan Australia pada Jumaat lepas.

world cup, piala dunia, copacabana
Penyokong pasukan bola sepak Chile berkampung di tepi Pantai Copacabana, Rio de Janeiro sebagai langkah berjimat susulan harga hotel yang melonjak naik  - Foto AFP/ YASUYOSHI CHIBA

Memasang khemah dan tidur di tepi Pantai Copacabana bukanlah perkara yang dibenarkan pihak berkuasa Rio memandangkan kes ragut dan rompakan selalu terjadi di situ.

Namun sebagai tuan rumah Piala Dunia 2014, pihak berkuasa Rio berjanji untuk meningkatkan kawalan keselamatan serta menyediakan tandas utnuk pengunjung di pantai itu.

Dalam satu laporan oleh agensi berita AFP, seorang pekerja majlis perbandaran Rio yang dikenali sebagai Paes berkata, kemudahan perkhemahan juga akan disediakan selain menjaga kebersihan dan keselamatan di pantai tersebut.

“Kami mahu pelancong kami yang telah memandu jauh dari negara jiran di Selatan Amerika supaya merasa seronok dan menikmati perlawanan Piala Dunia di bandar kami dengan cara yang betul,” kata Paes.

world cup, piala dunia, copacabana
Pengunjung yang melancong ke Brazil untuk menonton perlawanan Piala Dunia 2014  tidur di dalam van walaupun pihak berkuasa Rio memberi amaran akan bahaya berbuat demikian – Foto AFP/ YASUYOSHI CHIBA

Namun, tidak semua pelancong merasa gembira dengan berita ini.

Seorang penyokong Argentina, Daniel Muller berkata beliau tidak bersetuju dengan keputusan majlis perbandaran Rio untuk menempatkan semula pengunjung yang bermalam di Pantai Copacabana ke satu lokasi lain.

“Rio tidak bersedia untuk menerima pengunjung seramai ini. Sekarang kami terpaksa berpindah ke tempat lain dan jika kami tidak patuh dengan keputusan ini, mereka akan merampas van kami,” kata Muller kepada AFP.

“Kami mahu terus berada di sini. Jika mereka mahu alihkan kami ke tempat yang lebih 30 kilometer jauh, lebih baik saya tinggal di negara saya sendiri sahaja,” kata seorang warga Chile, Jonatan Tabia.

post signature

No comments :

Post a Comment

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP