NAK TAU INFO KLIK SINI

Tuesday, July 1, 2014

MAHASISWA CHINA BUNUH DIRI GARA-GARA JUDI PIALA DUNIA 2014

BEIJING: Seorang pelajar kolej di China terjun bunuh diri selepas rugi sehingga hampir RM10,000 kerana bertaruh dalam perlawanan bolasepak Piala Dunia, lapor media kerajaan negara itu.

Pelajar tahun dua yang hanya dikenali dengan nama keluarga, Lin, melompat dari tingkat tujuh sebuah bangunan di kampusnya pada Isnin, lapor Information Times, memetik seorang saksi.

"Saya dengar dia berkata 'jangan paksa saya' dan 'beri saya dua hari lagi dan saya akan pulangkan duit kamu'," lapor akhbar itu mengutip saksi berkenaan.

"Dia bercakap di telefon lebih 10 minit. Saya kemudian nampak dia meletakkan gagang, berdiri dan tiba-tiba dia terjun," kata saksi itu.

Lin sempat dikejarkan ke hospital tetapi doktor gagal menyelamatkannya.

Seorang siswa lain yang digambarkan sebagai teman sekuliah Lin mengatakan kawannya itu rugi 20,000 yuan (RM10,282) dalam taruhan di beberapa perlawanan Piala Dunia.

"Kami dengar dia meminjam banyak wang dan bunganya agak tinggi," kata siswa itu.

Laporan itu bagaimanapun tidak menyebut pasukan mana yang disokong oleh Lin.

Ini adalah satu antara beberapa tragedi kematian berkait dengan Piala Dunia sejak kejohanan itu bermula pada 13 Jun lalu.


post signature

No comments :

Post a Comment

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP