Begini ceritanya, perempuan 26 tahun itu mengalami rasa sakit pada daerah perut sewaktu dia menyaksikan perlawanan Jerman melawan Portugal pada Selasa (16/6/2014) pagi waktu tempatan. Meskipun sudah mendapat rawatan tenaga perubatan, namun janin berusia dua bulan di dalam perut Xiaolan tidak dapat diselamatkan.
Hasil pemeriksaan doktor menunjukkan, Xiaolin keguguran kerana kurang berehat. Dia memang berjaga selama empat hari berturut-turut. Di China tayangan langsung bola sepak berlangsung dari tengah malam hingga pagi hari.
Perlawanan Piala Dunia 2014 berlangsung pada waktu tengah malam, sekitar pukul 03.00 dan 06.00 waktu Beijing:
Dalam satu kejadian lain, seorang wanita mengandung keguguran semasa merayakan gol pasukan Jerman semasa menentang Portugal.
Wanita 26 tahun itu dikatakan penyokong kuat pasukan Jerman sejak lebih 10 tahun lalu.
Dia dilaporkan menjerit "hat trick!" dan selepas itu melompat-lompat apabila Thomas Mueller menjaringkan gol pada minit ke-79. Jerman menang perlawanan itu 4-0.
Wanita itu kemudiannya merasa sakit perut dan nampak darah turun. Dia dikejarkan ke hospital dengan segera dan disahkan keguguran.
sumber :[MetroTV News / Chongqing Evening News] dan astroawani
No comments :
Post a Comment
Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。