Dalam dunia sekarang, mencari teman sejati umpama mencari sebutir pasir ditengah lautan yang luas...tidak semestinyer teman sejati tue kita wajib kena berkepit saja dengan kita 24jam...tak semestinyer juga teman sejati tak boleh menegur kesilapan temannyer dan tak semestinyer teman sejati itu tidak boleh merajuk dengan temannyer juga...Disini saya ingin berkongsi sikit la tip cara mengenal teman sejati...semoga korang mendapat KAWAN YANG SEJATI bukan KAWAN YANG IRI HATI...
Individu dari kategori ini ternyata sanggup mengenepikan krisis yang sedang dialaminya demi seorang sahabat. Tetapi jangan pula engkau mengambil kesempatan atas dirinya pula.
Bagaimana ingin mengenalpasti individu ini?
- Dia tidak kecoh dan mampu menyimpan rahsia walaupun perkara kecil.
- Dia sering bertanyakan khabar tentang dirimu
- Karier impiannya ialah seorang ahli ‘psikologi’
TIP YANG KEDUA: Memahami
Kamu boleh menerima dan mendengar nasihat serta pandangan yang diberikan dengan hati terbuka. Nasihat yang diberikan juga amat menyakinkan kamu! Individu ini wajarkamu dampingi sebagai sahabat sejati!
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
- Dia sedia dihubungi bila-bila masa… 24jam sehari, 7 hari seminggu!
- Dia seorang teman yang komited.
- Dalam perhubungan, dia adalah pasangan yang setia.
- Dalam percintaan dia banyak membantu kamu! Dia mampu mengenali sama ada individu yang kamu dampingi itu benar-benar ikhlas dengan kamu atau mungkin ingin memperalatkan diru mu sahaja!
TIP YANG KETIGA: Profesional,
Ketika kamu mengalami krisis percintaan, sahabat datang menghampiri kamu dan cuba memahami situasi kamu. Dia cuba memberi nasihat dengan meletakkan dirimu dalam dirinya. Nasihat dan pandangannya itu ternyata tidak mempunyai unsur berat sebelah dan sekali gus tidak meletakkan kesilapan pada mana-mana pihak! Jelaslah dia sahabat yang profesional yang wajar kamu mendampingi!
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
- Dia bijak mengawal emosimu setiap kali kamu berada dalam keadaan tegang.
- Setiap kali kamu menyatakan pandangan dan cadangan, dia mendengarnya dengan ikhlas dan hormat.
- Kamu boleh melihat kejujuran itu dari sinar matanya.
- Dia tidak pernah memberi alasan sekiranya kamu ajak bertemu. Walaupun dia tahu bahawa dirinya akan menjadi tempat curahan masalah pada waktu itu.
TIP YANG KEEMPAT: Jujur
Setiap kali ada yang tidak kena dengan penampilan mu, dia akan menegur mu dengan bijak. Ternyata dia berkeinginan agar kamu kelihatan cantik sepanjang masa. Dari teguran dan komen yang diberikan itu ternyata membina. Kamu menerima dengan hati yang terluka.
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
- Dia adalah individu yang lurus. Walaubagaimanapun. kelurusannya itu tidak menyakitkan hati kamu!
- Dia sedia menjadi tulang belakang buat diri mu…
- Kamu sentiasa merasakan bahawa nasihatnya amat berharga!
TIP YANG KELIMA :Happy Go Lucky
Keramahannya sentiasa menyenangkan setiap orang yang berada di kelilingnya. Dia sentisa berada di dalam keadaan ceria.
Bagaimana ingin mengenal pasti indivudu ini?
No comments :
Post a Comment
Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。