Kemarin bawa mak ayah pusing2 bandaraya Alor Setar kebetulan ada ekspo PELADANG,PETANI DAN NELAYAN kat stadium darulaman kedah mulai 18hb oct sampai 23hb okt nie..
Sapa yang tak pi lagi..pi la..boleh tengok lembu besar-besar giler..kambing pun besar dah macam anak lembu pun ada...tapi kami tak snap gambar pasal takut lembu2 tue ngamuk lak terkena flash...
Jadi boleh tengok je la...kami tengok tak de sapa pun snap gambar..
Ayam serama dia pun cantik2..anak itik dia cute2 la...geram kami tengok walaupun kat kampung berlambak je binatang nie tapi bila tengok diorang hati jadi hepi sangat..
Kami pi kemarin orang tak start niaga lagi..diorang baru dok set up khemah..tapi my mum bila tengok pokok bunga dengan pokok buah..dia tak nak berganjak mana dah...saya pun tanya mak nak ker?
dia tak jawab lagi...dia jalan pusing2 pokok2 tue..saya tengok je la dari jauh..pastu dia gamit tangan...
"ida tengok pokok orkid nie cantik dak?"
Saya senyum jer...mak nak mak ambik la saya pulak semawa (bahasa utara maksud baku dia memperlawa)
Sekali mak saya pilih saya tengok 6 anak pokok orkid campur 1 pokok orkid yang dah berbunga...
Saya tanya mak nak pokok apa lagi..dia kata cukup la yang nie je..saya pun bayar la..sekali ayah saya datang dari belakang..dia berleter kat saya dua beranak nie membazir je kejenyer..pokok tue bukan boleh makan..beli mahal2 dok luar rumah je...sepanjang dalam kete ayah dok berleter je...
kami dah p tadi! ahaha... jumpak poko stevia for the 1st time. waduh2.
ReplyDeleteampa beli tak?nak beli juga la...boleh ganti dengan gula kan pokok tue..
ReplyDelete