NAK TAU INFO KLIK SINI

Thursday, September 27, 2012

RM2 UNTUK TANGKAP TIKUS HIDUP ATAU MATI

Salam semua,
Untungnya rakyat Malaysia nie, duit nak dapat mudah sangat cuma perlu usaha sikit je la..
Menteri Besar Terangganu Datuk Seri Ahmad Said buka tawaran sapa-sapa yang dapat tangkap tikus samada hidup atau mati, mereka akan dibayar RM2/seekor...wah tawaran yang bagus...
Korang pakat dengan adik beradik sorang tangkap 50 ekor sehari, korang boleh dapat RM100/sehari...kalau sebulan dah boleh dapat RM3000..wah korang kaya...

Pasni yang kaya tauke kedai racun perosak la..bila pakat-pakat semua beli racun tikus..dia yang kaya dulu...hehehehe..apa-apa pun usaha lebih sikit habuannya banyak...



Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata langkah itu dibuat bagi memastikan bandar raya ini bebas dari ancaman makhluk perosak itu.   Beliau berkata sehubungan itu, kerajaan negeri akan melancarkan kempen menangkap tikus secara besar-besaran di bandar raya ini.   "Kita buat kempen ini berikutan pemerhatian kita di bandar raya ini haiwan perosak itu menimbulkan ancaman kepada rakyat. Kita bimbang kerana ia boleh membawa penyakit merbahaya seperti kencing tikus.   "Program ini juga dibuat sebagai persiapan sempena Tahun Melawat Terengganu tahun hadapan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri di sini hari ini.  Ahmad berkata kempen itu akan diperluas ke seluruh negeri sekiranya mendapat hasil yang positif daripada kempen tersebut.   "Kita buat percubaan dulu dan bila hasilnya baik, kita lanjutkan tempoh kempen. Selain memastikan bandar raya ini bebas daripada tikus, ini dapat juga beri pendapatan sampingan kepada penduduk di sini.   "Tak eloklah kalau tikus berkeliaran di dalam restoran dan tempat-tempat awam kerana ia akan membawa penyakit. Ia juga memberi imej buruk kepada bandar raya kita," katanya.

post signature

2 comments :

  1. bagus la idea ni...


    p/s: salam, tengs drop by my blog n drop ur comment, saya follow sini terus yer...

    ReplyDelete

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP