NAK TAU INFO KLIK SINI

Thursday, May 31, 2012

INA NAIM DAPAT ANAK KE TIGA

Tahniah ina naim dapat anak ketiga yang paling best anak tue anak perempuan..anak yang amat-amat dinantikan oleh pasangan ini...syukurlah doa mereka dimakbulkan Allah  ...
KOTA TINGGI: Penyanyi, Ina Naim atau nama sebenarnya Nordiana Md Naim selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.3 kilogram di Hospital Kota Tinggi (HKT) di sini, pada jam 8.35 pagi semalam.
Dia yang ditemui kelihatan gembira kerana dikurniakan bayi perempuan berikutan dua anaknya sebelum ini lelaki.

“Sebelum ini Ina mengharapkan bayi perempuan kerana ingin tahu bagaimana melayan kerenah bayi perempuan berbanding lelaki.
“Malah, naluri keibuan mahukan anak perempuan sebagai peneman dan kawan apabila dia besar kelak.

“Syukur berkat solat hajat dan doa Ina serta suami, permintaan itu dimakbulkan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Jantina anak ketiganya itu hanya diketahui ketika pemeriksaan di HKT kelmarin, hasil ujian imbasan dilakukan sebelum melahirkannya, semalam.
Sementara itu, suaminya, Mohd Suhaimi Saad berkata, dia sekeluarga bersyukur kerana isterinya selamat melahirkan anak ketiga mereka.

Mohd Suhaimi yang juga penyanyi kumpulan nasyid In-Team berkata, kelahiran bayi perempuan itu bagaikan melengkapkan keluarganya kerana kini, mereka dikurniakan dua anak lelaki dan seorang anak perempuan sepanjang lima tahun mendirikan rumah tangga.
NOTA KAKI:
Anak ina naim sama umur dengan anak mawi..pasnie diorang boleh jadi kawan baik...

Wednesday, May 30, 2012

GAJI NAZMI SEBULAN RM300,000

Wow..besar sungguh gaji pemian muda nazmi faiz nie..dia dikhabarkan sudah sign kontrak dengan  kelab Portugal, Beira-Mar selama 3 tahun..kalau sebulan gaji dah RM300,00 setahun gaji nazmi dah 
RM 3, 600,000..WOoooooooooooooooooooooW..NAZMI KAYOOOO.....
nazmi dah jadi jutawan diusia muda...pasni boleh cepat-cepat la dapat pangkat datuk ye...
Nak baca full tengok kat sinar harian ye..

Nazmi Faiz Manso 

JIKA Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid Malaysia yang baru sahaja mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar, Nazmi Faiz pula dikhabarkan bakal menerima gaji bulanan sebanyak RM 300,000.Mencetus fenomena dalam bola sepak negara selepas terpilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu Portugal sehingga Jun 2015 nanti, gaji pemain tengah Harimau Muda itu kini menjadi topik perbualan hangat penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan.Dalam perkembangan lain, akan mula menyertai latihan bersama Beira-Mar selepas pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti, Nazmi akan turut ditemani pengendali Harimau Muda, Ong kim Swee.Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain

SENARAI PEMILIK NO.PLAT WWW BERSERTA HARGA (RM)

Salam semua..GK demam arini..huhuhuhu..
tapi GK nak share juga dengan korang pasal tender no plate www..
dasat juga orang sekarang ye...
sanggup tue kuarkan RM520,000 untuk beli no plate..
orang kata kalau no plate cantik angka pun 1 digit je memang orang tue orang kaya...
nak ukur kekayaan seseorang boleh juga ukur dengan tengok kereta yang dipakai dan no plate dia...hehehehe orang kata la...

Ok la jom layan no plate yang telah dibeli oleh orang -orang kaya...

NOTA KAKI:
Kalau la GK dapat RM520,000 ni macam-macam GK boleh buat..boleh beli rumah,kereta,buat bisnes...





Tuesday, May 29, 2012

GADIS BERWAJAH BARBIE DOLL

Gadis nie nama dia Dakota bukan dracula tau hehehe..nama dia kat internet KotaKoti..Nie gambar dia tahun lepas..sekarang umur dia 17tahun..muka dia memang macam barbie doll...



Monday, May 28, 2012

7 SEBAB SUAMI BENCI PADA ISTERI

Ini GK terjumpa kata-kata dato hj fadhilat kamsah..dia bagi tau ada 7 sebab suami boleh jadi benci pada suami...GK buat dalam bentuk wallpaper supaya mudah kot-kot ada yang nak buat simpanan..tak kisah la nak print then tampal kat dinding ke..tampal kat meja tempat keje ke..janji kita ingat memperingati....

 

1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...

2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...

3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...

6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....


FULL VIDEO:DRAMA DIBA BENCI ABAH

Ai korang...salam buat per tue?kemarin GK ter"luang"kan sedikit masa menonton satu drama nie tajuk dia "DIBA SAYANG  BENCI ABAH" Seronok tau citer nie..
mai GK buat sedikit sinopsis untuk korang..
ERYKA FARHANA
Sinopsis drama Diba benci abah: 
Diba lakonan eryka farhana nie baru lepas SPM dia tinggal dengan bapak dia lakonan faizal hussein..mak dia lakonan eja.mak dengan abah dia dah bercerai 12 tahun yang lalu..masa tue diba kecik lagi baru 5 tahun (sapa budak yang lakonkan watak diba masa kecik tue ye..pandai dia nangis rasa touching juga la dengar suara dia yang serak-serak basah tue)..ayah diba nie seorang freelance penulis..tapi jangan tak tau penulis pun naik kete mewah tue...kete  HONDA HYBRID..Mak diba tinggalkan diba dengan abah diba sebab nak ikut lelaki mat salleh nama Frank..selepas umur diba 18 tahun mak diba datang balik nak bawa diba duduk dengan dia dekat new york..diba nak sangat tapi abah dia tak bagi..dalam masa yang sama diba rasa terkongkong sebab abah diba tak bagi diba keluar ke prom nite dengan pakwe dia lakonan aliff aziz..nak tau kesudahan cite nie..tengok video nie..memang superb la citer nie..


GK bagi lima

DRAMA DIBA BENCI ABAH:




Thursday, May 24, 2012

JOM KE PESTA ULAR KEDAH 2012

Sapa-sapa nak tengok persembahan ular oleh RATU ULAR malaysia boleh pi muzium kedah..
setiap hari ada persembahan ular..
sekarang tengah berlangsung pameran ular distitu..
sebanyak 100 ekor ular dipamerkan..pameran sehingga 2 jun ini saja...jom serbu ye...
GK dah bawa aidil pi tengok ular dah..dia excited sangat tengok ular..sampai melompat-lompat...
jom layan gambar aidil di pesta ular negeri kedah 2012..
Bayaran masuk hanya RM4..untuk kanak-kanak cuma RM2...MURAH SANGAT...

bukan saja ular iguana dan katak terbesar didunia pun ada
ini ular-ular yang telah diawet
sana-sini aidil tengok..
Ini bergambar kat luar muzium...muka dah tak mo senyum..penat sangat

NOTA KAKI:
Ada kuiz kat situ menag boleh dapat tv LED...macam-macam lagi..pi la tak rugi...


JALAN2 KE TANJUNG DAWAI

Salam korang..korang penah tak dengar lagu nie...nyanyian Jinbara tajuk dia 
"CINTA PANTAI MERDEKA" ini part korus la...

Kuukir namamu

Di awang Gunung Jerai

Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Disitu tanjung dawai terkenang peristiwa
Cinta kita terurai

Oh! indahnya... peristiwa...

Cinta kita di Pantai Merdeka...
Oh... oh...

Masih ingatkah oh kekasih

Biarpun kini kau di mana
Namun dengarlah lagu ini
Cinta kita di Pantai Merdeka 

GK sempat bawa aidil melawat tanjung dawai..kat situ yang best dapat beli keropok lekor dengan harga RM1 sebatang..yang best lagi ikan bilis acam-macam pilihan ada..sotong kering bersalut madu pun sedap sangat...
Dari tanjung dawai korang boleh naik bot dengan bertambangkan RM2 pergi dan balik boleh sampai ke pantai merdeka...
jom la layan gambar ye...
Inil kat jeti tanjung dawai
sebelum naik bot untuk ke pantai merdeka
dah sampai pantai merdeka
Yang best kat pantai nie korang boleh berkelah dan mandi manda...nak memancing pun best juga..GK tengok pakcik-pakcik yang memancing kat tepi pantai tue dapat juga ikan...

NOTA KAKI:
teringin nak jalan-jalan kat pulau redang la..tempat honeymoon fasha dan jejai...


AKHIRNYA AMPLANG JATUH JUGA KE TANGANKU..

Dulu GK ada la buat entry kat teringin nak makan amplang...GK siap tulis kat blog lagi..alhamdulilah suara hati GK nie di dengar oleh kawan baik GK yang dah 7 tahun terpisah...dulu sekolah sama-sama sekarang dia balik sabah mengajar kat kampung halaman dia...

Dia kirimkan GK amplang pastu bagi gelang mutiara lagi..tima kasih NUR HIDAYAH..
"ante tak de blog so ana tak boleh nak link ke profile ante"-dia ustazah so kena cakap lemah lembut...

Dan inilah amplang yang dikirimkan tue dengan kuih cincin bentuk macam cucur peneram (telinga keling) 
tapi keras sikit dan besar...
Dan nie la rupa amplang...sedap juga sebab amplang nie perisa ikan campur udang...nyum...kerooop...kerooop...
 

NOTA KAKI:
Bila nak sampai sabah nie....


Tuesday, May 22, 2012

CARA BUANG WORD VERIFICATION

Tensen bila masuk blog yang ada word verification...
GK nie semangat dah nak blogwalking..
bila jumpa entry yang menarik..
hati nie tertarik juga la nak komen..
dengan penuh kewibawa yang tinggi..
GK nie pun menaip la..
tiba-tiba kuar lak kotak word verification macam bawah nie..
mula-mula taip tak betul..kuar word lain lak..taip lagi..
error lagi...hati nak bengang dah...isssshhhhh 

Ok sekarang mai GK tunjuk cara nak remove word verification...
step 1:
buka SETTING ambik POST AND COMMENT klik kat show word verifacation pastu tekan "NO" 
ok...


FASHA SADHA SEDIH ADA PIHAK PERTIKAI KEHAMILAN DIA

GK tak la minat sangat kat fasha nie..tapi lakonan dia memang best la..masa kat terbaca kisah kehamilan fasha sadha ada juga la GK dengar suara2 sumbang kata pasal kehamilan dia..tapi biar la GK tak mo komen..kesian kat tuan empunya badan....
mulut manusia nie bukan boleh nak tutup bukan macam mulut tempayan..kita dapat anak cepat pun kena pertikai kita dapat anak lambat pun orang mengata...
tak tau nak buat macam ne nak puas kan hati orang...
sabar je la fasha ye...

Tadi GK terbaca kat blog bulan purnama citer pasal fasha nie la...
korang baca la sendiri..
Pelakon Fasha Sandha melahirkan rasa kecewa dan sedih apabila berita kegembiraan kehamilannya dipertikaikan beberapa pihak termasuk mendakwa dia telah berkahwin di luar negara sebelum ini.
Fasha, 28, yang mengesahkan dia 'bunting pelamin' baru-baru ini memberitahu, dia dan suami, Rizal Ashram Ramli tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terus menyebarkan fitnah ke atasnya.

"Tak mungkin kami nak membazir duit buat majlis sebesar itu. Habis tetamu yang hadir dan saksi majlis akad nikah itu siapa? Apa? Ingat kami suka-suka nak berlakon begitu?

"Cubalah fikir cara logik. Pernikahan bukan boleh dibuat main-main. Janganlah suka-suka nak buat cerita yang bukan-bukan.

"Mereka faham tak apa itu bunting pelamin? Saya tidak mahu memberi sebarang komen berkaitan dakwaan yang tidak masuk akal itu," katanya tegas ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Monday, May 21, 2012

SILA TINGGALKAN LINK ANDA UNTUK GK FOLLOW U BACK

Salam semua...hari nie mood GK memang nk blogwalking...
tapi masalahnya GK tak tau nak tuju blog sapa..
GK tau ramai blogger kat luar sana..
tapi masalahnyer diorang datang belog GK pastu tak mo tinggal link pun huhuhu..
jadi GK payah la nak melawat korang balik...
sapa-sapa yang follow blog GK i.allah GK akan follow u back tapi tue la ada sesetengah tue tak tinggal link memang tak dapat la GK terjah blog korang...

Kalau tak mo follow pun tak pe just leave ur link kat komen nie ye..GK senang nak pi blog korang and nak follow..

Tima kasih daun keladi sebab sudi datang belog nie..
jangan malu jangan segan sila tinggalkan link sekali...


Thank You Clip Art



KEPALA MELEKAT DISEJADAH-YATT HAMZAH (PELAKON)



Pelakon Yatt Hamzah terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini.
Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.
“Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat.”
Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.
Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka.

Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.

“Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka.”
“Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung.”
Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.
Abang Nara pasti ada di antara pembaca BeautifulNara yang mempunyai pengalaman yang hampir serupa dengan apa yang dialami oleh Yatt.

NOTA KAKI:
Sejuknya bacaan entry pasal Yatt nie kat blog beautiful nara...semoga Yatt kekal bertudung..amin..

Thursday, May 17, 2012

SIAPAKAH LELAKI BERJUBAH PUTIH INI?

Subahanallah..bergetar dan berdebar dada GK tengok video ini...ini adalah video mengenai penunjuk perasaan telah diserang dan dibunuh oleh askar upahan rejim Basyar Al-Assad..
Dalam video ini memaparkan ada seorang lelaki berjubah putih dengan tidak gerun dan gementarnya telah mengangkat seorang pemuda yang telah mati syahid dengan sebelah tangan dia saja..dia tidak gentar dan takut dengan serangan rejim basyar-al assad...walaupun dibelakangnya terdapat tentera upah rejim itu senang melepaskan tembakan...
Lelaki ini muncul dari arah tentera basyar al-assad sendiri...

Yang menjadi persoalan siapakan LELAKI ini?berani sungguh dia...langsung tak takut dan gentar...dan kemana dia menghilang selepas dia serahkan mayat lelaki syahid itu kepada sekumpulan penunjuk perasaan itu....???adakah dia manusia atau sebalik nya..wallahuallam...


Nak lebih lanjut korang lihat sendiri video nie...

NANU BAHARUDDIN BELA DAN CIUM ANJING


Gambar nie GK dapat dari wowberita.org..agak terkejut GK tengok gambar nie..ada 4 keping gambar dia..tapi GK download 3 keping saja untuk share di blog ini...kenapalah anjing yang dia pilih untuk jadi binatang peliharaan ...bukan tak boleh bela anjing tapi tak boleh jadi binatang peliharaan...kalau nak tengok gambar dia cium dan pegang anjing dia tengok bawah nie..
bangga giler boleh pegang anjing..
seronok ke tido dengan anjing tue..
anak-anak dia siap cium lagi anjing tue...

GK pun surf  kat internet cari fatwa pasal hukum bela anjing nie..dan ini yang GK jumpa..selamat membaca..
Hukum Membela Anjing Sebagai Binatang Peliharaan oleh (Mufti Sheikh Ahmad Kutty)

Anjing boleh dibela untuk tujuan-tujuan yang berikut:
1. Anjing yang dilatih (anjing terlatih) untuk kerja-kerja memburu. Harus diingat, Islam hanya membenarkan pemburuan untuk mendapatkan makanan; bukan memburu kerana sukan, suka-suka dan berseronok-seronok kerana Islam tidak membenarkan haiwan dibunuh atau diseksa atau diusir dari tempat yang lazim mereka tinggal, hanya untuk suka-suka.

2. Membela anjing terlatih sebagai jurupandu. Ini mungkin diperlukan oleh orang yang buta dan mungkin orang itu perlu memelihara anjing untuk memberi khidmat yang diperlukannya. Dalam hal itu, orang itu dibenarkan memelihara anjing di dalam rumah apabila anjing itu telah dilatih untuk menjalankan khidmat berkenaan, tetapi masih tetap disyorkan supaya anjing itu ditempatkan di tempatnya sendiri/secara berasingan daripada tuannya .

3. Anjing terlatih untuk kegunaan tugas-tugas kepolisian.

4. Anjing terlatih untuk menjaga rumah atau harta.

5. Anjing terlatih untuk digunakan oleh penternak/peladang untuk kerja-kerja menggembala kambing/lembu.

Bagaimanapun kita tidak dibenarkan memiliki/membela anjing sebagai binatang peliharaan oleh sebab anjing bukanlah binatang yang begitu bersih. Kita sendiri sering melihat bagaimana anjing menjilat-jilat najisnya sendiri. Tentulah menjijikkan kalau kita kemudiannya melihat tuan punya anjing berkenaan mencium mulut anjing tersebut setelah berlakunya insiden berkenaan seolah-olah tidak ada apa-apa perkara yang berlaku. Fikirkanlah berapa banyak kuman yang mungkin bersembunyi di dalam mulut mereka (mulut anjing dan mulut pemelihara yang mencium anjing itu).'
Nabi saw mengingatkan kita supaya tidak dicemari kotoran semacam itu apabila baginda memerintahkan supaya kita menghindari air liur anjing. Kalau ditakdirkan kita tersentuh juga dengan air liur anjing, maka kita dikehendaki menyamak tempat yang terkena air liur berkenaan dengan tujuh bilasan air dan basuhan yang pertama mestilah dengan pasir atau tanah. Juga, boleh menggunakan sabun anti bakteria sebagai ganti tanah atau pasir berkenaan.

GAMBAR SCHA DAN AWAL HONEYMOON DI NEW YORK

Tahniah scha dan awal dah bergelar suami isteri..sekarang mereka sedang berbahagia berhoneymoon kat new york..semoga kekal abadi sehingga ke akhir hayat..cepat-cepat timang anak doa GK untuk mereka...



 

Nak tengok gambar lagi kena terjah banyak blog lagi...

NOTA KAKI:
Semoga kekal ke akhir hayat....

AIDIL ZAFUAN TIDAK JADI BERCERAI DENGAN RITA

Alhamdulilah satu lagi masjid dapat diselamatkan..GK memang minat sungguh dengan rita nie...nak habaq kat korang GK penah jumpa rita berdepan..dia memang cantik...jkulit putih mulus...tapi rita macam dia la..gelak banyak ala-la gedik sikit...hehehe


Pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd. Radzak menarik balik permohonan untuk bercerai dengan isterinya, pelakon Rita Rudaini Mokhtar, di mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini dengan alasan mahu berdamai selain memikirkan kebaikan kedua-dua anak mereka.
Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhamad bagaimanapun memerintahkan Aidil pada Rabu membayar kos kepada Rita sebanyak RM250.
Wan Mahyuddin mengeluarkan perintah itu selepas Peguam Syarie plaintif, Ahmad Nazib Johari memaklumkan kepada mahkamah yang anak guamnya telah memfailkan satu notis penarikan pada Selasa selepas Rita tidak bersetuju dengan permohonan yang difailkan sebelum ini di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2003 (Negeri Selangor).

SEMAK STATUS KENAIKAN PANGKAT GURU SECARA ONLINE


Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja mengumumkan mengenai 24,053 guru lepasan ijazah dan diploma yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan dinaikan pangkat mulai Jun hingga hujung tahun ini. Guru terbabit boleh menyemak status kenaikan pangkat di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi Sistem Maklumat Guru – Aplikasi Kenaikan Pangkat guru secara online.
Berikut adalah cara untuk menyemak status kenaikan pangkat guru 2012 secara online. Semakan boleh dibuat melalui Sistem Maklumat Guru – Aplikasi Kenaikan Pangkat atau lebih dikenali sebagai ePangkat. Untuk membuat semakan, sila klik pada pautan yang disediakan di bawah. 

NOTA KAKI:
Tahniah kepada yang naik pangkat ..semoga bertambah rajin dan bersemangat untuk mendidik anak bangsa..

Tuesday, May 15, 2012

5's SENTIASA DIHATI

Hari nie tak sempat la nak blogwalking nak jenguk kengkawan semua...
GK kena buat carta organisasi untuk 5'S..
Minggu lepas jabatan buat lawatan pi TNB kangar...memang gempak la opis diorang...
erm...tak boleh lawan nampaknye..ok la bye..nanti GK story lagi ye...banyak nak gosip nie..

NOTA KAKI:
Hebat fasha sandha dah pregnant 2 minggu...hebat betul jejai...

Monday, May 14, 2012

TUTORIAL PHOTOSCAPE: CARA NAK BUAT GAMBAR BERGERAK

Hujan dah turun...bosannya...dah la posa...rasa ngantok je...nak tido jap la pas nie...tapi sebelum tu nak bagi satu tutorial nak bagi gambar bergerak...sapa-sapa nak buat banner boleh la guna photoscape ambik animated gif...
macam nie...
step pertama buka photoscape ambik animated gif pastu masukkan gambar banyakkan..pastu play la..then save...




Friday, May 11, 2012

TUTORIAL CARA MENDOWNLOAD VIDEO DARI YOUTUBE

Salam semua...semua orang laki-laki pi sembahyang jumaat ker?memandangkan arini jumaat jadi rehat panjang sikit..GK ambik sikit waktu rehat nie update blog sambil download video best2 untuk tatapan si kecik bam-bam aidil kat umah...ok jom GK tunjuk cara paling mudah nak download movie dari youtube...

Mula-mula buka website nie http://www.dvdvideosoft.com/products/dvd/Free-YouTube-Download.htm

 DAH BUKA DOWNLOAD DULU YE..

PASTU KORANG IKUT STEP NIE YE:
Kalau tak nampak tekan preview ye..
STEP 1:
 
STEP 2:
STEP 3:
 
STEP 4:
 Dah boleh layan movie dah..save dalam pendrive boleh layan kat tv LED yang besar 52' inci tue...




VIDEO PENGAKUAN PERAKAM VIDEO PENDERAAN ANAK OLEH IBUNYA

Tadi GK baru je tulis entry pasal kisah disebalik kes penderaan anak oleh ibuya..tak sangka dalm metro menceritakan benda yang sama juga..memang kebetulan sungguh...tapi ini paling menyayat hati sebab perakam video tue kata anak tue penah dilempar ke dinding oleh ibunya.
Dah empat kali anak itu didera...betul tak GK kata perakam tu rakam sebab nak repot kat polis..kalau tak macam ne dia nak repot kalau takat cakap mulut je...
KUALA LUMPUR: “Saya membuat rakaman semata-mata untuk diserahkan kepada polis kerana saya sudah tidak tahan melihat bayi itu kerap dikasari ibunya. Jadi, jangan kata saya bersubahat (mendera) atau tidak bertimbang rasa.”
NOOR...dipukul ketika cuba selamatkan mangsa
Itu penjelasan wanita dikenali sebagai Noor yang merakam adegan seorang bayi perempuan berusia 10 bulan didera ibunya dan rakaman video itu dimuat naik dalam Internet kelmarin, sekali gus menimbulkan kemarahan orang ramai.
Harian Metro semalam menyiarkan berita mengenai adegan rakaman video berkenaan serta kenyataan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed yang kes itu berlaku Mei tahun lalu dan ia sudah disiasat polis, malah ibu terbabit sudah dijatuhi hukuman penjara 18 bulan.

Noor, 30-an, berkata, dia tidak tahu siapa yang memuat naik rakaman video itu dalam Internet dan sedih apabila sebahagian besar maklum balas pengguna Internet mengenainya menyalahkan dia kerana dianggap bersubahat apabila tidak menyelamatkan bayi itu daripada didera ibunya.

“Itu ikhtiar terakhir saya untuk selamatkan bayi berkenaan. Saya sangat sedih kerana sebelum itu sudah empat kali wanita terbabit yang juga rakan saya memukul bayinya dengan teruk termasuk menghumban ke dinding,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Petaling Jaya.
Dengar sendiri pengakuan perempuan ini:

KISAH DISEBALIK PENDERAAN ANAK OLEH IBUNYA

Salam semua selamat pagi..sihat ker?alhamdulilah selesai dah berblog walking sekarang time nak tulis entry pulak...Masih terngianga-ngainga kes penderaan anak kecil oleh ibu dia....GK tengok ideo tue tapi tak sanggup nak buka sound...GK tak tahan tengok video tue GK menangis sangat2...teringat aidil kat umah..aidil sekarang pun macam budak tue la baru belajar merangkak...

Tipu la kalau GK kata tiada langsung sekelumit perasaan marah atau geram pada wanita tersebut...masing-masing yang tengok mesti akan rasa marah...Gk siap download video tue tunjuk kat mak dengan ayah GK..mak tak sanggup tengok dia tengok sikit nada dia dah sebak..dia kata teringat aidil..ayah dia tengok sampai habis..dalam dok tengok tue mulut dia dok mengomel marah kat perempuan tue...
(ayah GK nie seorang yang amat garang..kecik2 dulu kalau mengaji Al-quran tiap-taip malam mesti GK nangis sebab suara dia je dah mengerunkan itu belum dia angkat rotan buat gaya nak pukul
dia pun boleh marah tengok video tue...jadi GK tak heran la kalau semua rakyat malaysia marah dan ucapan syabas juga pada rakyat malaysia yang prihatin pi hantar video tue kat balai polis buat report..

Tadi GK sempat la melawat ke belog en hazrey..
GK rasa dia wartawan..dia sanggup ke IPD petaling jaya menyiasat kes ibu dera anak kecil tue...Dari apa yang GK faham yang ditulis oleh en hazrey tue ibu itu tiada suami...Insyallah bulan november nie dia kan keluar penjara..harap dia tidak akan mengulangi perubatan dia lagi..kalau tak nak bela beri pada yang mahu..sebab ramai lagi diluar sana yang mahukan zuriat...
Ada orang marah pada yang merakam video tue..tapi sedar kah korang dia merakam sebab nak tunjuk bukti kepada polis bukan nak publish untuk tatapan ramai..kalau dia nak raih publisti murahan kenapa dia tak upload video tue mei tahun lepas saja..mungkin video sudah jatuh ketangan pihak yang tak bertanggungjawab sehingga tersebar dengan cepat hanya dalam masa 4 hari dari tarihk diupload oleh "pemilik video" itu bertanggal 5 mei 2012. Ada orang marah kata awat dia tak tolong selamatkan bayi itu..video tu 4 minit 16 saat mungkin selepas merakam dia terus selamat bayi itu.. kalau tak masakan bayi tue masih bernyawa sampai sekarang...hanya Allah yang mengetahui...

Pengajaran dari video tue:
Selepas GK tengok video tue balik dari kerja GK balik rumah GK terus peluk aidil erat-erat..GK kata kat aidil kalau mama masih waras mama takkan dera aidil..melainkan pukul manja-manja untuk mendidik aidil saja..nanti bila aidil dah besar mama harap aidil jaga dan kasih kat mama dan abah macam mana mama dan abah sayang sepenuh hati kat aidil...yang buat GK menangis sangat bila aidil yang baru berusia 8 bulan kata"ma..ma.."(dalam hati GK rasa dia faham apa yang GK cakap tadi)..anak kecik pun ada perasaan..
Janganlah kita memarahi diorang dengan mengeluarkan kata-kata kesat..kecik hati depa bila kita bercakap yang bukan-bukan...cuba kita tengok orang tua-tua dulu kalau marah budak diorang akan kata 
"bertuah sungguh budak nie orang kata jangan dia buat juga"

NOTA KAKI:
Semalam mak GK tanya GK "bila hari ibu? GK jawab"setiapa hari hari ibu" 
Bila pikir balik issshh awat mak tanya nie mak tak penah tanya pun...ingat nak sambut besday dia je 23 mei ni...sebab rasa dalam islam tak de pulak fatwa kena sambut hari ibu pada tarikh sekian-sekian..ajaran mana ye?
Apa-apa pun selamat hari ibu juga la kepada semua ibu-ibu diseluruh dunia...




Thursday, May 10, 2012

TUTORIAL BLOG: CARA MEN"ATTACH" FILE

Salam semua , sihat ker?waras?jangan ada yang meroyan macam perempuan yang dera anak tue dah la...isss sedih dan menangis GK tengok video tue...tak patut betul perempuan tue...tapi ada orang kata perempuan tue gila meroyan pasal tue kena penjara 18 bulan je...tapi kesian la kat baby tue teringat aidil kat umah...
Ok la berbalik pada tajuk kita tadi...GK terpandang satu komen dari en PANITIABN orang kuat BN nie...wah tak sangka ada juga orang politik masuk blog GK ye....hehehehe

Ok la GK tadi terjumpa satu website yang membolehkan kita nak convert semua jenis audio, image, ebook, hash genarator, video, document dan achieve kedalam website kita..kat website tue korang boleh convert saja.atau dalam bahasa kita tukar "Convert media files online from one format into another." maksud dia tukar file online media daripada satu format ke pelbagai format yang kita nak... 
website nama dia online convert.com

Contoh soalan akak nie:

OK step dia mudah je :
STEP PERTAMA:
KORANG CHOOSE FILE YANG KORANG NAK CONVERT TU YE..PASTU TEKAN CONVERT FILE

STEP KEDUA:
BILA DAH BERJAYA DIA AKAN TULIS MACAM NIE

TADI GK PILIH GAMBAR DIATAS UNTUK DICONVERT KEDALAM DOCUMENT MICROSOFT OFFICE DAN INI HASILNYER:
 
MISI COMPLETE..

NOTA KAKI:
sapa-sapa nak tukar video ke 3gp pun boleh...semua ada di online convert.com





Wednesday, May 9, 2012

FELDA DAPAT RM15RIBU -TIPU HELAH POLITIK KER?

Salam semua..selamat pagi..wah arini pertama kali dalam hidup berblogging GK beranikan diri menulis mengenai politik...sekarangkan dah dekat dengan musim pilihanraya..ada orang bagitau kat GK pilihanraya mungkin diadakan pada 9.6.2012 hari sabtu masa tue musim cuti sekolah...jadi sapa-sapa yang dok jauh-jauh tue ambik la cuti pakat-pakat kita balik mengundi undi pemimpin pilihan korang tau...

Kemarin GK terbaca la akhbar sinar harian ..tajuk yang paling best dan mendapat perhatian ramai ialah
"Peneroka Felda terima durian runtuh RM15,000"
- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian durian runtuh berjumlah RM15,000 kepada setiap peneroka Felda seluruh negara.- sinar harian 8/5/2012
Rupanya ada orang yang tak puas hati dan rasa takut dengan duit bonus ini...ada yang menyatakan pemberian nie sebagai tipu helah politik...ini pun GK terbaca dari sinar harian juga la..tajuk dia
"Anak dakwa durian runtuh helah politik"
Anak dakwa durian runtuh helah politik
 Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menyifatkan tindakan kerajaan memberi durian runtuh kepada peneroka sebagai helah politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang, supaya peneroka menyuarakan sokongan terhadap parti pemerintah.Presidennya, Mazlan Aliman berkata, ini adalah sandiwara kerajaan kerana bimbang akan senario politik yang melanda negara pada masa kini.

NOTA KAKI:
Orang bagi ambik je..nak pangkah apa simpan dalam hati je...GK sekupang tak dapat apa...duit RM500 pun tak dapat huhuhu...korang yang dapat duit berbagai nie sambar je...

Monday, May 7, 2012

TUTORIAL BLOG:MEMASANG HEADER DI BLOGSPOT

GK terpandang ada satu soalan dari encik fahmi...dia tanya macam mana nak pasang blog hedaer kat blogspot...

Ok pada new blogger mai GK nak tunjuk cara pasang blog header ye...

Mula mula korang tekan kat design pastu ambik layout pastu tekan configure header

kalau korang ada header dari mana-mana website just isi url dibawah...

 
dah puas hati tekan save pastu view a blog...

DONE...


HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP