NAK TAU INFO KLIK SINI

Friday, May 25, 2018

VIRAL MENTERI JADI IMAM SEMBAHYANG ZUHUR! INI PEMIMPIN YANG KITA CARI.

image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2018/05/24/08/34/maszlee.ashx?w=620&h=413&crop=1&/


PETALING JAYA: Gambar Menteri Pendidikan yang baharu dilantik Dr Maszlee Malik mengimamkan solat tular di media sosial.
Dalam satu posting gambar di Facebook Khalifah Media Networks, Maszlee dilihat memakai baju hitam dan sedang mengimamkan solat bersama pegawai-pegawainya di bangunan kementerian, Rabu.

PELAKON DRAMA JUVANA JOHAN AS'ARI MOHON MAAF PADA TUN MAHATHIR

Ekoran tweet pelokon drama Juvana yang popular dengan watak Botak, telah menulis sesuatu yang membuat seluruh rakyat Malaysia berasa terkilan dan marah pada beliau..

Dia memuat naik Tweet berbunyi “Cuba check rumah Tun, mesti banyak juga duit”.


SITI NURHALIZA SUDI BANTU TUN MAHATHIR UNTUK KONGSI IDEA

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza bersedia jika diperlukan untuk membantu kerajaan dalam membangunkan industri seni tanah air.
Bagaimanapun, Siti, 39, berkata dia tidak mahu terikat dengan sebarang jawatan tertentu yang memerlukan komitmen.
"Saya bersedia untuk membantu atau jika diminta untuk memberi idea atau sebagai penasihat untuk industri seni.
"Tapi tidak mahu yang terikat dengan mana-mana komitmen berkaitan kerja," ujarnya kepada mStar Online pada malam Rabu.
Penyanyi lagu Comel Pipi Merah ini ditemui pada majlis berbuka puasa Shopee yang diadakan di Hotel Hyatt, Kuala Lumpur.
Isteri ahli perniagaan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu berkata, dia mengharapkan kerajaan baharu bawah Pakatan Harapan ini lebih memberi perhatian terhadap golongan seni.



Siti bersama rakan-rakan artis yang turut terlibat dengan Shopee.

Katanya, sebuah badan atau pusat perlu ditubuhkan bagi menjaga kebajikan artis yang berhadapan dengan masalah.
"Kita nak artis dinilai dan diberi perhatian. Kalau boleh ada satu pusat sehenti atau badan yang benar-benar menjaga kebajikan artis. Kita tidak mahu terlalu banyak sehingga tidak tahu mana yang patut dituju.
"Ia betul-betul profesional dan boleh dibuat rujukan," ujarnya.
Selain itu, Siti turut mencadangkan sebuah bangunan khas untuk pengiat seni bebas berkarya.
Tambahnya, bangunan itu juga boleh dijadikan tempat untuk pelancongan.
"Kalau boleh sebuah bangunan khas untuk anak seni bukan sahaja pelakon dan penyanyi tapi juga semua jenis seni termasuk pelukis.
"Ia sebagai tempat berkumpul dan boleh menjadi tempat tarikan pelancong," ujarnya.
Siti Nurhaliza diketahui mempunyai hubungan baik dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Malah beliau merupakan satu-satunya artis yang diikuti oleh Mahathir di laman sosial Instagramnya.

Baca lebih lanjut di www.mstar.com.my




post signature

Monday, May 21, 2018

SIRUL MAHU PULANG DAN DEDAHKAN KES SEBENAR KES ALTANTUYA

Bekas anggota polis yang kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Australia hari ini berkata, dia sedia membantu kerajaan Pakatan Harapan untuk mendedahkan apa sebenarnya berlaku berkaitan kematian Altantuya Shaariibuu 12 tahun lalu.

Kata Sirul Azhar Umar pendedahan itu boleh dilakukan dengan syarat dia diberikan pengampunan penuh oleh kerajaan baru Malaysia. Tanpa pengampunan itu, kata Sirul, 45, dia tidak boleh dilepaskan dan pulang ke Malaysia.

"Saya berjanji untuk bekerjasama dengan kerajaan baru, syaratnya saya dapat pengampunan penuh," katanya kepada Malaysiakini dari pusat tahanan berkenaan di Sydney.

Menurut Sirul kini semakin ramai orang di Australia percaya dia adalah tahanan politik dan bukan penjenayah biasa ekoran kekalahan BN dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu.

Kata Sirul dia sangat sedih apabila dia dan keluarganya menjadi mangsa kecaman orang lain ekoran kes yang dikaitkan dengannya itu.

"Sedangkan mereka tak tahu. Itu kesalahan pertama saya. Bersama UTK (Unit Tindakan Khas) saya berkhidmat untuk menangkap dan bunuh pencuri dan pelbagai jenayah, semuanya untuk keselamatan negara.

"Mereka (orang awam) tak tahu bagaimana UTK berfungsi kerana kami kena ikut perintah," katanya.
Sirul juga menegaskan impiannya menyampaikan ucapan tahniah kepada dua pemimpin utama Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memenangi PRU ke-14 lalu.

Mengaku pernah menjadi anggota keselamatan yang mengiringi Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim, Sirul juga berharap dia dapat menyampaikan ucapan terima kasih kepada ketua umum PKR berkenaan kerana meminta kesnya dibicarakan semula.

"Kalau boleh, saya sanggup (dibicarakan semula) kerana saya berpendapat perbicaraan lepas tak adil bagi saya, kerana saya menurut arahan daripada peguam dan ini yang saya dapat sedangkan saksi utama tak dipanggil," katanya.

Semasa perbicaraan kes Altantuya itu di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, Sirul diwakili peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican.

Kata Sirul, ekoran sabitan Mahkamah Persekutuan itu dia mengarahkan kedua-dua peguam belanya untuk memfailkan semakan semula. Bagaimanapun kata Sirul peguam terbabit tidak melakukannya dan ia sudah tiga tahun berlalu.

Sebelum ini dilaporkan bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram mencadangkan kerajaan HARAPAN tidak hanya memberi tumpuan kepada skandal 1MDB, sebaliknya turut melihat kes kapal selam Scorpene yang dikendalikan di bawah Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu menjadi menteri pertahanan.

Najib kemudian dilantik menjadi perdana menteri keenam Malaysia sebelum HARAPAN mengalahkan BN semasa PRU minggu lalu.

Anggota Parlimen Bukit Gelugor, Ram Karpal Singh juga menggesa kerajaan menyiasat motif di sebalik pembunuhan wanita warga Mongolia itu.

Sumber: MalaysiaKini
               http://www.thereporter.my


post signature

TUN MAHATHIR BERUSIA 92 TAHUN PANDU KERETA SENDIRI DI BANDARAYA KUALA LUMPUR


Sekarang tular satu foto yang buat GK rasa sangat kagum yang teramat sangat pada Tun M perdana menteri Malaysia ke-7 ni. Di usia emas ini, beliau mampu dan berani memandu sendiri kereta di sekitar bandaraya Kuala Lumpur untuk meninjau persekitaran Kuala Lumpur.

Kenapa Dr Mahathir pandu sendiri kereta 
Ini bukan kali pertama Perdana Menteri Malaysia ke 7, Tun Mahathir memandu kereta sendiri. Beliau tidak menggunakan pemandu peribadi dan pada usia yang menjangkau 93 tahun beliau masih kuat dan boleh pandu sendiri.Sebelum ini akhbar Sinar Harian ada membuat artkel tentang Tun Mahathir memandu kereta sendiri ke Pavillion, Kuala Lumpur. Berikut adalah artikelnya.Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, menghabiskan hampir 45 minit, untuk memandu sendiri Proton Perdana miliknya ke Kuala Lumpur.Difahamkan, bekas perdana menteri itu memandu dari rumahnya, untuk ke pusat membeli belah Pavilion Kuala Lumpur.Pegawai terdekatnya memberitahu, Mahathir memandu ke Kuala Lumpur untuk beriadah.“Hari ini Tun M berpeluang memandu Proton Perdana milik sendiri setelah bertahun menyumbang idea.“Beliau ke sana untuk menikmati masa santainya, sambil-sambil minum kopi dan pusing Kuala Lumpur,” kepadanya Sinar Online.Dalam perjalanannya hari ini, Mahathir ditemani oleh dua orang pembantunya.Mahathir merupakan pencetus awal kepada penubuhan Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad (Proton), ia ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit.Kini syarikat Proton menjadi kebanggaan negara, apabila berjaya menghasilkan beberapa model reka bentuk asli dan beroperasi dalam sekurang-kurangnya 26 negara pada masa ini, majoritinya adalah di Asia.
MASIH LAGI MEMANDU SENDIRI
Dr Mahathir pandu kereta ke Pavilion
Walaupun sudah pun menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih lagi pandu kereta sendiri dan paling penting sekali kereta yang dipandu beliau adalah kereta Nasional jenama Proton.
PM pandu sendiri kereta ke KL
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memandu sendiri Proton Perdana bagi memantau perkembangan terkini di sekitar Kuala Lumpur, pagi tadi.
Video tersebut dimuat naik Firdaus Abdullah di Twitter.
sumber : http://hikayatdunia.net


post signature

Thursday, April 19, 2018

CURI HARUMANIS 4 BIJI NAK BELI KETUM

Di kosmo online hangat diperkatakan sekarang mengenai sesorang pengganggur yang sanggup mencuri mempelam Harumanis iaitu buah kebanggaan rakyat Perlis semata mata nak memuaskan nafsu ketagihnya untuk membeli air ketum...kalau dah curi Harumanis tu for sure la berita ni mesti dari negeri aku sendiri iaitu Perlis... Pemilik kebun berusia 42 tahun menyedari kehadiran suspek yang meninggal sebuah motosikal Yamaha 125Z di kebunnya.
"Suspek hanya sempat memetik empat biji mempelam harumanis sebelum pemilik kebun berjaya menangkapnya.
"Pemilik kebun kemudian menghubungi polis untuk menahan suspek. Hasil siasatan awal mendapati, lelaki itu bertindak sedemikian bagi membeli air ketum bagi menghilangkan ketagihan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Harga empat biji mempelam ikon Perlis itu hanya RM25 dan dipercayai masih belum masak sepenuhnya.
Pemilik kebun itu mempunyai 150 pokok-pokok mempelam harumanis yang telah ditanam selama tiga tahun di kawasan tidak berpagar, sunyi dan jauh dari penempatan penduduk. - sumber kosmo online



Tuesday, April 17, 2018

APA ITU UNDI ROSAK ATAU TIDAK?

Salam semua, apa habaq?
GK nak kongsi sikit tips untuk pada yang pertama kali nak mengundi nanti...tips ni saja GK share kot-kot ada yang tak tahu...
Ketika memgundi nanti korang pikiq betoi2..undi pemimpin yang boleh membantu kawasan korang bukan sebab dia banyak duit tapi kehebatannya dalam memimpin dan memenuhi kriteria sebagai pemimpin berkarisma yang sebenar...
Sebelum tu GK nak kongsi maksud Undi Rosak..

Dalam pengundian pilihan raya, suatu undi dikira rosak jika kertas undi atau alat pengundian yang digunakan disalah tanda. Ia boleh jadi sengaja atau tidak disengajakan. Undi rosak tidak dikira dalam pengiraan undi.
Antara kesalahan tersebut ialah:
  • Tidak dipangkah/dibuat tanda
  • Pangkah semua parti yang ditulis
  • Koyak
  • Membuat sebarang tanda hingga undi tidak lagi sulit
Kertas undi tidak dikira rosak jika ditulis:
  • Tanda O
  • Tanda betul[1]
  • melukis gambar, tetapi masih dalam ruang yang disediakan.
Nanti masa nak mengundi pastikan pangkah tau..jangan dok pi tanda right lak ✓





MAJIKAN YANG ENGGAN BERI KEIZINAN KELUAR MENGUNDI PADA PEKERJA DENDA RM5,000.00

Seperti yang sedia makum tarikh keluar mengundi adalah pada 9 Mei 2018 iaitu pada hari RABU...Pada dasarnya ramai pihak berasa sedikit terkilan mengapa tarikh 9 Mei dipilih untuk pengundi membuang undi...Ini kerana faktor jarak mengundi yang jauh, hari yang jatuh bukan hari cuti minggu dan banyak lgi masalah-masalah lain..

Tetapi memandangkan pilihanraya hanya 5 tahun sekali..dan ini perayaan yang kita amat tunggu-tunggu setiap lima tahun sekali maka setiap permasalahan yang timbul harus kita selesaikan dengan berhemah ...


 SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA KENYATAAN MEDIA Bil.28/2018 SPR SAMBUT BAIK PERISYTIHARAN CUTI UMUM TAMBAHAN OLEH KERAJAAN PADA
 9 MEI 2018 

1. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) hari ini menyambut baik pengumuman oleh Kerajaan Malaysia bahawa tarikh 9 Mei 2018 ditetapkan sebagai Hari Kelepasan Am tambahan seluruh negara untuk membolehkan rakyat Malaysia menunaikan tanggung jawab mereka sebagai pengundi. 

2. Sejajar dengan ini juga SPR ingin menarik perhatian para majikan yang masih meneruskan operasi mereka pada hari mengundi, bahawa tiaptiap majikan dikehendaki memberi tempoh yang munasabah kepada pengundi-pengundi yang bekerja dengannya untuk keluar mengundi. Subseksyen 25 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 memperuntukkan seperti yang berikut: 

“25. (1) Tiap-tiap majikan hendaklah, pada hari mengundi membenarkan suatu tempoh yang munasabah bagi tiap-tiap pemilih yang bekerja dengannya mengundi, dan tiada majikan boleh membuat apa-apa potongan daripada gaji atau saraan lain mana-mana pemilih itu atau mengenakan ke atasnya atau menuntut daripadanya apa-apa penalti oleh sebab dia tidak hadir bekerja dalam tempoh itu”. 

3. Majikan yang tidak membenarkan pekerjanya yang menjadi pemilih untuk keluar mengundi boleh didenda sebanyak lima ribu ringgit (RM5000) atau satu tahun penjara sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subsekyen 25(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

 2 4. Dalam hal ini juga, SPR juga turut menyeru serta menggalakkan pihak majikan untuk menggunakan budi bicara mereka bagi memberikan cuti khas atau pelepasan sewajarnya kepada pekerja-pekerja mereka yang dilantik sebagai Petugas Pilihan Raya Umum Ke-14 ini. 

5. Berhubung pelaksanaan pilihan raya pada 9 Mei 2018 itu juga, SPR menegaskan bahawa ketetapan itu bukanlah suatu perkara yang baharu kerana rekod PRU sebelum ini menunjukkan bahawa ianya telah beberapa kali diadakan pada hari bekerja iaitu pada PRU-1 (1959), PRU Ke-6 (1982), PRU Ke-9 (1995) dan PRU Ke-10 (1999). 

Maka dengan pengumuman cuti umum ini ia sewajarnya tidak dijadikan isu. Malah, pemakluman awal berkenaan tarikh PRU-14 ini juga membolehkan para pengundi mempunyai masa yang secukupnya untuk merancang perjalanan dan sebagainya. 

Sekian dan terima kasih. 

TAN SRI MOHD HASHIM BIN ABDULLAH 
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) 
Tarikh : 12 April 2018 / 25 Rejab 1439H

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH UNTUK PILIHANRAYA PRU14

Salam sejahtera semua, apa habaq dan selamat pagi..

Tarikh untuk mengundi dah diumumkan dan jatuh pada 9 MEI 2018 iaitu bersamaan hari RABU...Make sure semua yang layak mengundi yang berusia 21tahun ke atas wajib keluar mengundi ye..

Undi anda penentu masa depan negara..siapa yang anda undi dan parti mana yang anda undi adalah rahsia...syssssshhhh...jangan heboh-heboh kat orang lain..takut-takut terjadi perbalahan...

Malas la nak berdebat isu politik tambah-tambah dengan adik beradik, kawan-kawan ..pak-pak menakan dan kaum kerabat yang disekeliling kita...silap cakap sikit nanti ada yang akan sentap...

Ok la GK nak ajar cara nak tengok tempat kita mengundi....

Step pertama: klik link ni dulu https://pengundi.spr.gov.my/.. ia akan bawa korang ke sini



Step kedua:\ Masukkan no kad pengenalan tanpa tekan spacebar atau tanda -

Selepas tu ia kan keluar lah data peribadi macam ni..


Penting untuk korang tahu korang mengundi di saluran mana...GK kena saluran 8...

Meh nak GK cite apa itu peranan korang sebagai pengundi wajib bawa time mengundi nanti..

Setiap pengundi yang akan mengundi pada Hari Mengundi Awal hendaklah membawa salah satu dokumen pengenalan diri yang mengandungi nama, No. Kad Pengenalan dan gambar seperti yang berikut: 

a) Kad Perkhidmatan bagi anggota tentera dan PDRM atau Kad Pengenalan atau MyKad;
atau
b) Resit Pengenalan Sementara (JPN KP09);
 atau
c) Resit Kehilangan Kad Pengenalan (JPN KP11) yang disahkan oleh JPN;
atau
d) Pasport Antarabangsa;
 atau
 e) Lesen Memandu yang mengandungi Nama, No. Kad Pengenalan dan gambar;
atau
f) Kad Kuasa Jabatan yang mengandungi Nama, No. Kad Pengenalan dan gambar

JOM PERGI MENGUNDI....



Friday, December 8, 2017

10 CARA MENGHAPUSKAN CICAK DIRUMAH PALING JIMAT DAN MUDAH.

RUMAH ANDA BANYAK CICAK?????


Mungkin 10 Petua Ini Akan Menyelesaikan Masalah Anda.......

Salah satu langkah yang kita lakukan untuk menghalau cicak dari kediaman ialah dengan menggunakan siling kapur. Pun begitu, ia memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk memasangnya. Oleh itu GK terjumpa  10 cara yang murah dan senang untuk diikuti. Korang cuba la mungkin ia berkesan lagipun kebanyakan cara yang GK bagi ni semua benda yang mudah dicari dan ada disekeliling kita...
1. Serbuk kopi
Caranya mudah, campurkan serbuk kopi dengan serbuk tobacco dan sedikit air. Bentukkan bulat-bulat kecil. Kemudian, lekatkan pada hujung pencungkil gigi dan letakkan di sudut rumah yang gelap terutama belakang almari, perabot dan sebagainya. Apabila cicak ternampak, ia akan memakan bahan tersebut dan mati. Anda kemudian bolehlah buangkan bangkainya seminggu sekali.
2. Bawang putih
Gantungkan bawang putih dikeliling rumah atau jadikan ia dalam bentuk jus dan masukkan ke dalam bekas semburan. Sembur dibahagian yang mudah didekati cicak.
3. Bawang besar
Anda juga boleh menggunakan bawang besar jika tiada bawang putih. Praktikkan kaedah yang sama iaitu potong kepada beberapa bahagian dan masukkan ke dalam kantung. Gantungkan di bahagian kediaman yang berpotensi didatangi cicak. Ataupun anda juga boleh mengisar bawang besar dan dapatkan perahan jus. Simpan di dalam botol semburan dan sembur di kawasan tersebut.
4. Plypaper
Lekatkan di bahagian dinding yang anda sering terlihat cicak itu. Apabila cicak terlekat pada kertas tersebut anda kemudiannya bolehlah buangkan.
5. Cili kering
Gantungkan sebungkus cili kering di kawasan yang banyak cicak. Bau cili kering itu akan menyebabkan ketidak hadiran cicak.
6. Bela kucing
Cicak sangat takut kepada kucing, jadi belalah kucing untuk penyelesaiannya!
7. Kulit telur ayam
Cicak sangat alergik dengan mineral kulit telur ayam. Caranya adalah basuh dan keringkan kulit telur ayam itu dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan pada saiz yang kecil. Letakkan di mana-mana untuk mengelakkan cicak berkunjung.
8. Bunuh serangga
Pastinya anda mengetahui bahawa serangga adalah makanan cicak. Jadi anda seharusnya membunuh serangga terlebih dahulu. Sekiranya rumah anda tiada serangga, pastinya cicak juga tiada!
9. Jaga kebersihan rumah
Pastikan rumah anda sentiasa bersih dan kemas bagi mengelakkan kehadiran cicak.
10. Air dan cili api
Cicak sangat tidak sukakan campuran air dan cili api. Ambil 4 hingga 5 biji cili padi dan bancuhkan bersama air. Masukkan dalam botol spray. Kemudian spray di tempat yang adanya cicak.
Sumber: SEHINGGIT

Friday, November 25, 2016

SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK DAYA MENYELESAIKAN MASALAH NOVEMBER 2016

Semalam GK ada kongsikan soalan penegtahuan am...sekarang GK kongsikan soalan daya menyelesaian maslah pula...semoga boleh jadi rujukan untuk calon-calon peperiksaan online semua...

Standby, peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir bakal menyusul pada 5hb Disember ini...good luck to all candidates..

1 ) Sempena Aidilfitri, Pasaraya XYZ mendapatkan stok tepung gandum sebanyak 2 tan 71kg pada 1 Jun. Pada 31 Julai didapati baki tepung gandum yang tidak terjual ialah sebanyak 1 tan 80kg. Dalam masa yang sama, daripada kiraan awal stok terdapat 15 paket tepung yang telah bocor. Berapakah jumlah berat tepung yang berjaya dijual sekiranya berat 1 paket tepung ialah 1kg?
A ) 991kg
B ) 976kg
C ) 56kg
D ) 91kg

2 ) Pn. Siti memerlukan 1 paket gula 5 gram dan 2 paket creamer 5 gram untuk menjadikan air sebanyak 0.5 liter manis dan sedap untuk diminum. Berapakah jumlah gula dan creamer yang diperlukan oleh Pn. Siti bagi menghasilkan 5 liter air?
A ) 50 gram
B ) 100 gram
C ) 150 gram
D ) 200 gram

3 ) Jadual di bawah menunjukkan peratusan mengikut berat durian yang dijual di sebuah pusat membeli belah. Jika berat durian D24 itu ialah 16kg, berapa jumlah berat kesemua jenis durian tersebut?
A ) 64
B ) 80
C ) 90
D ) 95

4 ) Murugan mempunyai RM180,000.00 dalam peti besi. Ianya terdiri daripada wang kertas RM100.00, RM50.00 dan RM10.00. Berapa kepingkah wang kertas RM10.00 yang Murugan ada sekiranya dia mempunyai 88 keping RM100.00 dan 200 keping RM50.00?
A ) 14 000 keping
B ) 16 120 keping
C ) 13 280 keping
D ) 15 160 keping

5 ) Manakah antara pernyataan matematik berikut adalah benar?
A ) 1.8 + 3.3 = 4.20
B ) 6.0 ÷ 10 = 60
C ) 1/100 x 600 = 0.6
D ) 1.3 x 10=13.0

6 ) Panjang satu segiempat tepat ialah (m + 9)cm manakala lebarnya ialah m cm. Perimeter segiempat tepat tersebut ialah 66cm. Apakah nilai m?
A ) 14
B ) 12
C ) 15
D ) 19

7 ) Berapakah jumlah segi empat tepat yang terdapat di dalam rajah di bawah?
A ) 34
B ) 38
C ) 40
D ) 42

8 ) Dalam rajah di bawah, AB ialah tangen sepunya kepada dua bulatan yang masing-masing berpusat P dan Q. Diberi PA = 8cm dan QB = 5 cm. Cari nilai bagi sudut APQ.
A ) 12° 65′
B ) 23° 34′
C ) 76° 39′
D ) 47° 23′

9 ) Sekeping zink berbentuk segi empat tepat. Panjang zink itu lebih 7cm daripada lebarnya. Luas permukaan kepingan zink itu ialah 120cm². Jika panjang pepenjuru permukaan kepingan zink itu sama dengan perimeter sebuah pentagon sekata, cari panjang sisi pentagon sekata itu.
A ) 15cm
B ) 5.6cm
C ) 17cm
D ) 3.4cm

10 ) Dalina membeli seutas rantai tangan emas seberat 47g pada Januari 2015 dengan harga RM9,800.00 termasuk upah iaitu RM400.00. Pada Januari 2016, harga emas naik sebanyak 28%. Dalina ingin menukarkan rantai tangan itu dengan gelang fesyen baru. Susut nilai emas terpakai yang ditawarkan ialah sebanyak 20% daripada nilai barang kemas. Jika berat gelang itu ialah 57g dan upahnya pula RM500.00, berapakah wang yang perlu ditambah Dalina untuk menukarkan rantai tangan?
A ) RM12,032.00
B ) RM15,092.00
C ) RM2,406.40
D ) RM5,677.47

11 ) Setiap 1kg gula dan 20 biji telur boleh menghasilkan 2kg kek red velvet. Siti telah menerima tempahan untuk menghasilkan 10kg kek tersebut. Walau bagaimanapun hanya 8kg yang mampu dihasilkan. Berapakah bahan mentah yang diperlukan untuk menghasilkan kek tersebut?
A ) 10kg gula + 100 biji telur
B ) 8kg gula + 80 biji telur
C ) 4kg gula + 80 biji telur
D ) 6kg gula + 60 biji telur

12 ) Jumlah penduduk di negara X pada tahun 2010 ialah 31.28 juta. Diberi bilangan penduduk yang tingginya 170 cm dan ke atas ialah 2.8% daripada jumlah penduduk. Hitung bilangan penduduk yang tingginya di bawah 170 cm (1 juta = 106).
A ) 97.2 x 108
B ) 9.72 x 107
C ) 30.4 x 106
D ) 3.04 x 108

13 ) Gaji bulanan bagi 8 orang pekerja sebuah restoran ialah RM1,000.00, RM1,050.00, RM1,080.00, RM1,200.00, RM1,200.00, RM1,250.00, RM1,230.00 dan RM1,400.00 masing-masing. Kirakan minima gaji bulanan pekerja-pekerja berkenaan.
A ) RM1176.25
B ) RM1176.00
C ) RM9410.00
D ) RM9410.25

14 ) Dalam sebuah sekolah terdapat seramai 280 pelajar tingkatan empat. 80% telah mengambil peperiksaan Matematik Tambahan. 3/4 daripadanya telah lulus peperiksaan tersebut. Berapakah jumlah pelajar yang telah lulus peperiksaan tersebut?
A ) 157
B ) 168
C ) 170
D ) 224

16 ) Antara yang berikut, yang manakah memberikan nilai yang lebih daripada 13.40 tetapi kurang daripada 15.40?
A ) 11.2 x 8 ÷ 5
B ) 24 ÷ 1.5 x 3.1
C ) 13.04 x 3 ÷ 5
D ) 8.388 ÷ 4 x 7

17 ) Cari satu nombor bulat dengan keadaan hasil tambah kuasa dua dan kuasa tiga bagi nombor itu sama dengan 36 kali nombor bulat yang berikutnya.
A ) 12
B ) 10
C ) 8
D ) 6

18 ) Ali mengimport sebuah mesin yang berharga RM10,000.00 daripada negara China. Berapakah jumlah duti kastam yang perlu dibayar sekiranya mesin tersebut tertakluk kepada duti import 10% dan GST 6%?
A ) RM660.00
B ) RM10,660.00
C ) RM1,660.00
D ) RM600.00

19 ) Dua dadu dilambung bersama-sama. Kebarangkalian dadu A mendapat nombor 3 dan dadu B mendapat nombor 5 adalah
A ) 6/36
B ) 1/36
C ) 4/36
D ) 3/36

20 ) Nombor yang sesuai bagi P dan Q ialah
A ) P = 9; Q = 12.
B ) P = 9; Q = 14.
C ) P = 10; Q = 15.
D ) P = 12; Q = 16

21 ) Perimeter sebuah segiempat tepat adalah 32 cm. Jika lebar segiempat itu adalah 4 cm, cari panjang segiempat tersebut.
A ) 4 cm
B ) 8 cm
C ) 12 cm
D ) 16 cm

22 ) Satu huruf dipilih secara rawak daripada perkataan ‘MATEMATIK’. Keberangkalian memilih huruf konsonan ialah
A ) 2/11
B ) 1/2
C ) 9/16
D ) 5/9

23 ) En Kassim mempunyai ladang. Dia menternak lembu, kambing , burung unta dan arnab. Bilangan arnab adalah 4,208 ekor. Bilangan kambing adalah 734 kurang daripada bilangan lembu. Bilangan burung unta adalah 2,055 ekor kurang daripada bilangan arnab sementara bilangan lembu adalah 3022 lebih daripada bilangan burung unta. Berapakah jumlah kesemua haiwan ternakan di ladang encik Kassim?
A ) 17,964 ekor
B ) 13,824 ekor
C ) 19,567 ekor
D ) 15,977 ekor

24 ) Kopitiam Pak Uda telah dilesenkan sebagai GST registrant. Berapakah jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh Ali sekiranya beliau membuat pesanan tiga jenis makanan bernilai setiap satu RM15.00, RM20.00 dan RM10.00?
A ) RM45.70
B ) RM54.00
C ) RM47.70
D ) RM65.70

25 ) Sebanyak 2000 buah ‘powerbank’ yang dikeluarkan oleh kilang X diuji. 100 buah ‘powerbank’ didapati rosak. Cari keberangkalian ‘powerbank’ itu adalah elok.
A ) 10/18
B ) 1/20
C ) 7/18
D ) 19/20

26 ) Baki duit Daud dalam akaunnya adalah RM1000.00. Setiap transaksi pengeluaran akan dikenakan caj bank sebanyak RM1.00 dan cukai barang dan perkhidmatan. Berapakah baki duit Ali sekiranya beliau telah membuat pengeluaran sebanyak RM500.00 dalam dua transaksi?
A ) RM498.00
B ) RM497.88
C ) RM499.00
D ) RM498.94

27 ) 18/1000 adalah bersamaan dengan
A ) 1.8
B ) 0.8
C ) 0.18
D ) 0.018

28) Faktorkan ungkapan kuadratik berikut 6X2 + 7X +2.
A ) (6X + 7)(X + 1)
B ) (3X + 1)(X + 2)
C ) (2X + 7)(X + 1)
D ) (2X + 1)(3X + 2)

29 ) Apakah nilai M?
A ) 1
B ) 3
C ) 4
D ) 7

30 ) Sebuah kereta berada pada kedudukan bearing 3150 dari sebuah lori tertentu. Berapakah bearing lori itu daripada kedudukan kereta tersebut?
A ) 3150
B ) 2250
C ) 1350
D ) 0450

31) Klinik 1Malaysia beroperasi bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 6 petang setiap hari, kecuali Sabtu dan Ahad. Sekiranya doktor boleh merawat 15 orang pesakit dalam masa satu jam, berapakah ramai pesakit yang boleh dirawat pada hari Isnin sehingga Khamis?
A ) 280 orang
B ) 135 orang
C ) 540 orang
D ) 480 orang

32 ) P, Q dan R adalah tiga lokasi bandar di atas permukaan bumi. R berada ke selatan P manakala Q berada ke timur R. Jarak PR adalah 6 km dan jarak QR adalah 8 km. Cari jarak PQ.
A ) 5km
B ) 10km
C ) 12.3km
D ) 17.5km

33 ) Pada Disember 2013, Kavitha melabur di bank XYZ sebanyak RM50 000. Pada tahun 2014 Bank XYZ memberi dividen sebanyak 7.2%. Dividen pada tahun 2015 menurun sebanyak 4% daripada dividen pada tahun 2014. Berapakah jumlah wang pelaburannya pada Januari 2016?
A ) RM56,000.00
B ) RM54,560.20
C ) RM53,600.00
D ) RM55,315.20

34 ) Jarak di antara daerah A dan C adalah 90km lebih jauh daripada jarak dari Daerah A dan Daerah B. Perjalanan dari Daerah A ke Daerah B mengambil masa selama 3 jam dengan dengan kelajuan 90km/j. Berapakah jauh jarak di antara Daerah A dan C?
A ) 320km
B ) 360km
C ) 340km
D ) 335km

35 ) Kamarulzaman dapat mengecat lima buah basikal dalam masa 2 jam 30 minit. Kamarulzaman hanya bekerja dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari sehari. Berapa harikah yang diperlukan oleh Kamarulzaman untuk menyiapkan kerja-kerja mengecat sebanyak 65 buah basikal?
A ) 5 hari
B ) 6 hari
C ) 7 hari
D ) 8 hari

36 ) Salleh menunggang basikal menuruni Bukit Gelugor dengan kelajuan 20km/j. Jarak dari puncak bukit hingga ke kaki bukit ialah 50km. Berapakah tinggi Bukit Gelugor sekiranya panjang Bukit Gelugor ialah 40km?
A ) 10km
B ) 20km
C ) 60km
D ) 30km

37 ) 1/2 liter cat minyak berwarna merah boleh digunakan untuk mengecat sebuah bilik dengan keluasan dinding 16 kaki persegi. Berapa liter cat yang diperlukan oleh Ali sekiranya beliau dikehendaki mengecat dinding dengan keluasan 1000 kaki persegi?
A ) 105 liter
B ) 125 liter
C ) 150 liter
D ) 175 liter

38 ) Fahmi mangambil masa purata 6 minit untuk menanda satu skrip kertas esei. Jika Fahmi memperuntukkan masa 2 jam sahaja dalam 1 hari untuk menanda kertas peperiksaan tersebut, berapa harikah masa yang diperlukan untuk menanda 300 kertas skrip esei tersebut?
A ) 13
B ) 14
C ) 15
D ) 16

39 ) Sebuah segitiga bersudut tegak ABD. BCDE ialah garis lurus dan CD = 3BC. Cari nilai kos X°.
A ) 7/24
B ) - 24/25
C ) - 7/25
D ) 24/25

40 ) Pada tahun 2014 seramai (7ab + 9c) calon telah memohon untuk memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41. Sementara pada tahun 2015 pula bilangan pemohon telah berkurang kepada (10ab – 4c). Berapakah beza bilangan pemohon untuk Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 dalam tahun 2014 dan 2015?
A ) -3ab + 5c
B ) -3ab + 13c
C ) 3ab + 13c
D ) 17ab + 13c

Thursday, November 24, 2016

SOALAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK NOVEMBER 2016

Hi semua,selamat malam..kepada calon PTD November 2016 yang telah berlangsung tadi GK ucap selamat berjaya. Disini GK nak kongsi soalan PTD yang telah dijawab oleh bakal - bakal PTD Nov 2016..ia sekadar rujukan untuk calon - calon PTD dimasa depan...
1 ) Antara program-program perumahan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan adalah
I . Program Bantuan Rumah
II . Perumahan Rakyat 1Malaysia
III . Skim Rumah Insan Amanjaya
IV . Rumah Mesra Rakyat
 
  A ) I, II dan III
  B ) I, II dan IV
  C ) I, III dan IV
  D ) II, III dan IV

2 ) Berikut adalah objektif Pelan Induk Perindustrian kecuali  

  A ) mengimport dan menyerap teknologi lebih sofistikated.
  B ) menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara.
  C ) meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi tempatan.
  D ) menjadikan sektor perkilangan sebagai catalyst pertumbuhan perindustrian negara.

3 ) Isu-isu berikut adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kecuali  

  A ) pembangunan komuniti setempat.
  B ) hak dan tuntutan pembeli rumah.
  C ) pelaksanaan konsep kejiranan hijau.
  D ) pembangunan fasiliti kawasan luar bandar.

4 ) Di antara intipati Perjanjian Penubuhan Malaysia ialah
I . Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dijadikan asas kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
II . Sabah dan Sarawak diberikan kuasa autonomi penuh dalam pentadbiran negeri.
III . Kuasa kawalan imigresen diberikan kepada Sabah dan Sarawak.
IV . Meliputi Malaya, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.
 
  A ) I dan III
  B ) I dan IV
  C ) II dan III
  D ) II dan IV

5 ) Sebuah komputer yang diserang oleh virus, cecacing atau trojan mempunyai tanda-tanda berikut
I . ingatan utama melebihi dari jangkaan.
II . perubahan pada sistem.
III . program dan fail sedia ada hilang.
IV . fail menjadi korup.
 
  A ) I dan II
  B ) III dan IV
  C ) I, III dan IV
  D ) II, III, dan IV

6 )  Pilih pernyataan yang benar mengenai Kabinet di Malaysia.
I . Kabinet merupakan sebuah badan pemerintah
II . Dasar dan arahan Kabinet dilaksanakan oleh jentera pentadbiran negara
III . Kabinet diketuai oleh seorang Perdana Menteri yang juga Ahli Dewan Negara
IV . Kabinet berfungsi menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong
 
  A ) I dan III
  B ) II dan IV
  C ) I, II dan III
  D ) I, II dan IV

7 ) Negeri-negeri Melayu Bersekutu terdiri daripada  

  A ) Perak, Selangor, Pahang dan Melaka.
  B ) Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Johor.
  C ) Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
  D ) Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.

8 ) Faktor-faktor yang menjadi penyumbang utama kepada pelaburan asing dalam negara adalah
I . keadaan politik dan ekonomi yang stabil
II . peningkatan kos infrastruktur
III . kapasiti modal insan yang berkemahiran
IV . dasar-dasar pelaburan kerajaan yang liberal
 
  A ) I, ll dan III
  B ) I, II dan IV
  C ) I, III dan IV
  D ) II, III dan IV

9 ) Berikut merupakan contoh-contoh Perlembagaan Bertulis kecuali  

  A ) Undang-undang Adat.
  B ) Undang-undang Islam.
  C ) Perundangan Subsidiari.
  D ) Perlembagaan Persekutuan.

10 ) Taman Negara Gunung Tahan terletak di sempadan antara negeri
I . Pahang
II . Kelantan
III . Terengganu
IV . Perak
 
  A ) I dan II
  B ) I dan IV
  C ) II dan III
  D ) I, II dan III

11 ) Dewan Negara terdiri daripada 70 orang ahli berdasarkan kategori berikut  

  A ) 35 ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, 35 ahli melalui pengundian oleh Negeri.
  B ) 57 ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, 13 ahli melalui pengundian oleh Negeri.
  C ) 50 ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, 20 ahli melalui pengundian oleh Negeri.
  D ) 44 ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, 26 ahli melalui pengundian oleh Negeri.

12 ) Pusat Sehenti Usahawan Wilayah diwujudkan untuk membolehkan usahawan mendapat sokongan dan bantuan di bawah satu bumbung.   Antara berikut yang manakah Organisasi Pembangunan Usahawan (EDO) dan Organisasi Pembangunan Industri (IDO) yang ditempatkan di pusat sehenti ini?
I . Majlis Amanah Rakyat
II . SME Bank
III . Bank Rakyat
IV . Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga
 
  A ) I, II dan III
  B ) I, II dan IV
  C ) I, III dan IV
  D ) II, III dan IV

13 ) Manakah antara berikut merupakan kemudahan ameniti sosial?  
  A ) Rumah teres
  B ) Perhentian bas
  C ) Kebun buah-buahan
  D ) Pusat membeli belah

14 ) Berikut merupakan perkara-perkara di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan kecuali  

  A ) Perkapalan dan Pelayaran.
  B ) Pertanian dan Perhutanan.
  C ) Perdagangan dan Perusahaan.
  D ) Perhubungan dan Pengangkutan.

15 ) Apakah pendirian ASEAN yang menjadi asas kepada kestabilan geopolitik dan ekonomi rantau berkenaan?
 
  A ) Mewujudkan blok keselamatan rantau Asia Tenggara
  B ) Meningkatkan kerjasama perdagangan di kalangan anggotanya
  C ) Mewujudkan pasaran tunggal dan asas pengeluaran dengan aliran bebas
  D ) Menolak kekerasan dan menggalakkan penyelesaian konflik secara aman

16 )  Berikut adalah negara-negara yang menandatangani Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967 kecuali
 
  A ) Indonesia
  B ) Filipina
  C ) Singapura
  D ) Brunei

17 ) Dasar Orang Kurang Upaya (OKU) dilaksanakan dengan beberapa objektif seperti berikut kecuali
 
  A ) menghapuskan diskriminasi terhadap golongan OKU.
  B ) mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai hak OKU.
  C ) memastikan golongan OKU menikmati hak, peluang dan akses secara saksama.
  D ) memberi bantuan sebagai sara hidup kepada golongan OKU yang dikenalpasti.

18 ) Pilih agensi yang bukan di bawah tanggungjawab KPDNKK  

  A ) Bank Rakyat.
  B ) Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
  C ) Perbadanan Harta Intelek Malaysia.
  D ) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga.

19 )  Sebelum diluluskan, sesuatu rang undang-undang mestilah melalui susunan tahap-tahap berikut  

  A ) Peringkat Jawatankuasa, Bacaan Pertama, Bacaan Kedua dan Bacaan Ketiga.
  B ) Bacaan Pertama, Peringkat Jawatankuasa, Bacaan Kedua dan Bacaan Ketiga.
  C ) Bacaan Pertama, Bacaan Kedua, Bacaan Ketiga dan Peringkat Jawatankuasa.
  D ) Bacaan Pertama, Bacaan Kedua, Peringkat Jawatankuasa dan Bacaan Ketiga.

20 ) Badan yang menjalankan kuasa eksekutif dan bertindak sebagai badan penyelaras utama di peringkat negeri ialah  

  A ) Menteri Besar.
  B ) Ketua Menteri.
  C ) Majlis Mesyuarat Kerajaan.
  D ) Setiausaha Kerajaan Negeri.

21 ) Apakah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang berfungsi mempromosi pelaburan dalam negara?  

  A ) Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia
  B ) Malaysian Industrial Development Finance Berhad
  C ) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia
  D ) Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia

22 ) Siapakah atlet pertama negara yang memenangi pingat emas Sukan Paralimpik?
 
  A ) Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi
  B ) Muhammad Ziyad Zolkefli
  C ) Siti Noor Radiah Ismail
  D ) Abdul Latif Ramly

23 ) Klinik Nur Sejahtera LPPKN adalah sebuah klinik yang berkonsepkan kesejahteraan. Perkhidmatan yang disediakan di klinik ini ialah
I . Pengurusan Kesihatan Kanak-kanak.
II . Saringan kanser reproduktif.
III . Ujian makmal kesuburan.
IV . Perkhidmatan perancang keluarga.
 
  A ) I, II dan III
  B ) I, II dan IV
  C ) I, III dan IV
  D ) II, III dan IV

24 )  Dokumen yang tidak dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia ialah  
  A ) Pasport Malaysia.
  B ) Sijil Akuan Pengenalan.
  C ) Sijil Kewarganegaraan.
  D ) Pasport Perjalanan Berkumpulan.

25 ) Malaysia pernah menjadi pengerusi bagi pertubuhan antarabangsa berikut kecuali  

  A ) Persidangan Negara-negara Islam.
  B ) Pertubuhan Negara-negara Berkecuali.
  C ) Pertubuhan Negara-negara Komanwel.
  D ) Persatuan Negara-negara Asia Tenggara.

26 )  Ethernet ialah teknologi jejaring komputer berdasarkan pada kerangka jaringan  

  A ) wifi.
  B ) lokal.
  C ) global.
  D ) metro.

27 ) Apakah kemuncak tertinggi di Banjaran Titiwangsa?  

  A ) Gunung Tahan
  B ) Gunung Stong
  C ) Gunung Korbu
  D ) Gunung Gayong

28 ) Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia dilaksanakan setiap 10 tahun. Bilakah kali terakhir Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia diadakan?
 
  A ) 2000
  B ) 2005
  C ) 2010
  D ) 2012

29 ) Kluster perkhidmatan yang tidak ditawarkan di Pusat Transformasi Bandar (UTC)   ialah  

  A ) Utiliti.
  B ) Kesihatan.
  C ) Pelancongan.
  D ) Pembangunan Belia.

30 ) Negara yang tidak menganggotai Komanwel ialah  

  A ) India.
  B ) Filipina.
  C ) Singapura.
  D ) Bangladesh.

31 ) Perkara-perkara yang terkandung dalam Senarai Persekutuan ialah
I . pengangkutan
II . perhutanan
III . perkapalan
IV . pertahanan
 
  A ) I, II dan III
  B ) I, II dan IV
  C ) I, III dan IV
  D ) II, III dan IV

32 ) Manakah antara berikut tidak benar mengenai Yang di-Pertuan Agong?  

  A ) Gelaran rasmi Ketua Utama Negara
  B ) Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia
  C ) Dipilih secara bergilir di kalangan pemimpin negeri
  D ) Melantik Jemaah Menteri atas nasihat Perdana Menteri

33 ) Tapak Ramsar berkepentingan bagi konservasi burung air dan tanah lembap. Manakah antara berikut kawasan yang diwartakan sebagai Tapak Ramsar?
I . Tapak Ramsar Sungai Pulai, Johor
II . Tapak Ramsar Tasek Bera, Pahang
III . Tapak Ramsar Pulau Kukup, Johor
IV . Tapak Ramsar Pulau Jerjak, Pulau Pinang
 
  A ) I, II dan III
  B ) I, II dan IV
  C ) I, III dan IV
  D ) II, III dan IV

34 ) Pilih kenyataan yang tepat mengenai Program eRezeki  

  A ) mewujudkan peluang pekerjaan kepada individu yang berkemahiran.
  B ) membantu graduan mendapat latihan separa mahir sebelum bekerja.
  C ) menghubungkan golongan berpendapatan rendah dengan saluran pendapatan digital.
  D ) memberi bantuan kepada individu menggunakan saluran digital untuk memulakan perniagaan.

35 ) Apakah kesan Perjanjian British dan Belanda 1824 kepada pengaruh penjajahan Barat di Asia Tenggara?
I . Perpecahan Empayar Johor - Riau
II . Siam tidak dijajah oleh kuasa Barat
III . Kepulauan Melayu dipecahkan mengikut kuasa British dan Belanda
IV . Pembahagian Kepualauan Melayu kepada pengaruh British dan Perancis
 
  A ) I dan II
  B ) I dan III
  C ) II dan IV
  D ) III dan IV

36 ) Kewarganegaraan Malaysia boleh diperolehi dengan kaedah berikut kecuali  

  A ) kuatkuasa undang-undang.
  B ) penganugerahan taraf.
  C ) percantuman wilayah.
  D ) pendaftaran.

37 ) Siapakah yang mengetuai Badan Perundangan, Badan Pemerintah dan Badan Kehakiman?
 
  A ) Peguam Negara
  B ) Perdana Menteri
  C ) Yang di-Pertuan Agong
  D ) Yang di-Pertua Dewan Negara

38 ) Simbol bulatan pada logo olimpik melambangkan  

  A ) penyatuan.
  B ) jumlah benua.
  C ) keharmonian.
  D ) semangat kesukanan.

39 )  Antara berikut manakah yang dikenakan GST?  

  A ) Pengangkutan awam
  B ) Perkhidmatan pendidikan
  C ) Penyewaan hartanah pertanian
  D ) Pembelian tanah untuk tujuan pelaburan

40 ) Antara negara ASEAN berikut manakah yang masih belum melaksanakan GST?  

  A ) Laos
  B ) Filipina
  C ) Vietnam
  D ) Myanmar

41 ) Taman asuhan kanak-kanak dikategorikan kepada 
I . rumah
II . tempat kerja
III . rumah kedai
IV . institusi
 
  A ) I dan II
  B ) II dan IV
  C ) I, II dan IV
  D ) II, III dan IV

42 ) Yang manakah bukan ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada wang kertas Malaysia?  

  A ) Mikrofilem
  B ) Jalur hologram
  C ) Cetakan intaglio
  D ) Benang keselamatan

43 ) Peraturan Pertahanan Lima Negara (FPDA) menjadi saluran Malaysia untuk membangunkan keupayaan pertahanan dengan bantuan negara-negara rakan. Berikut merupakan negara-negara yang menganggotai  FPDA kecuali  

  A ) Australia.
  B ) Singapura.
  C ) Indonesia.
  D ) United Kingdom.

44 ) Organisasi berikut merupakan organisasi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kecuali  

  A ) World Health Organization.
  B ) International Monetary Fund.
  C ) International Civil Aviation Organization.
  D ) Civil Rights International Foundation.

45 ) Hari Sukan Negara ialah acara tahunan yang disambut pada hari Sabtu  

  A ) minggu pertama bulan Oktober.
  B ) minggu kedua bulan Oktober.
  C ) minggu ketiga bulan Oktober.
  D ) minggu keempat bulan Oktober.

46 )  Yang manakah bukan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA)?  
  A ) mengurangkan kadar jenayah
  B ) menambah baik pengangkutan awam
  C ) meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti
  D ) meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan

47 ) Kegunaan rizab negara adalah sebagai simpanan untuk  

  A ) membiayai bencana alam.
  B ) menanggung hutang kerajaan.
  C ) membiayai projek pembangunan.
  D ) menanggung defisit imbangan bayaran.

48 ) Negeri manakah yang menjadi tempat pendaratan pertama di Tanah Melayu oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua?  

  A ) Perlis.
  B ) Perak.
  C ) Kedah.
  D ) Kelantan

49 ) Wakil kerajaan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva dikenali sebagai  

  A ) Pesuruhjaya Tinggi.
  B ) Perwakilan Tetap.
  C ) Konsul Jeneral.
  D ) Duta.

50 ) Berikut merupakan ciri-ciri keselamatan maklumat kecuali  
  A ) integriti.
  B ) privasi.
  C ) kerahsiaan.
  D ) ketersediaan.

Friday, November 11, 2016

JALAN-JALAN MAKAN ANGIN KAT CAMERON HIGHLAND

Hi semua, cuti sekolah dah nak dekat mesti kita sebagai mak ayah dok pikiq nak bawa anak-anak bercuti di mana..betul tak?

Ok GK ada idea apa kata korang bawa je anak-anak korang bercuti kat cameron highland...best oooo...tak puas sungguh pi bercuti aritu..rasa macam nak pi lagi...

Ok tempat menarik dan wajib korang pi masa bercuti kat cameron highland ialah:

1) Cameron Valley Bharat Tea Plantation:
Masa pi cameron aritu, GK sempat la pi Cameron Valley Bharat Tea Plantation...memang best tempat tu..nyaman sangat time sampai tu hujan renyai-renyai so tangkap gambar pun tak banyak la...ala kadar yang sempat ja..

GK ada goggle sikit pasal Cameron Valley Bharat Tea Plantation ni...

Cameron Valley
Cameron Valley atau Bharat Tea Estate terletak di jalan utama pergi ke Tanah Rata dari Ringlet. Ia mempunyai pemandangan kediaman dari kedai teh dan cenderamata yang terletak di sekitar 5 km dari Ringlet pada jalan utama Tanah Rata itu.

Sebuah keluarga perniagaan perintis Cameron Highlands, berasal dari Uttar Pradesh, India. Kumpulan Bharat of Companies ditubuhkan di sini sejak 1933, hari ini terdiri daripada sejumlah lapan syarikat, yang mana Cameron Bharat jenis tanaman adalah yang paling renowed.

Ia merupakan pengeluar kedua terbesar teh di Malaysia, menghasilkan Cameron Valley Tea yang sinonim dengan teh tanah tinggi yang indah. kedai teh Cameron Valley menawarkan teh dengan kek, skon dengan krim dan jem strawberi, hanya iringan yang sempurna dalam rangka lawatan ke kawasan tanah tinggi. Persembahan audio-video menyediakan pengunjung melihat ke dalam apa yang masuk ke dalam membuat cawan sempurna teh.

Sejarah
Cameron Bharat Plantations, pengeluar Cameron Valley teh sinonim dengan teh tanah tinggi denda Malaysia, memiliki sebanyak empat kebun teh berjumlah 1,600 ekar kawasan berbukit yang subur di Cameron Highlands yang diperolehi secara beransur-ansur sejak beberapa dekad dengan akaun kronologi ini.

Dengan permulaan Bharat Syarikat pada tahun 1933, daun teh yang belum diproses telah dijual kepada sebuah kilang teh berhampiran estet.

Pada tahun 1952, dengan Dato Brijkishore Agarwal di pucuk pimpinan, Bharat mengambil alih kilang di Pusat Penyelidikan Pertanian di Cameron Highlands secara kontrak. Terdapat mereka mula teh mereka pertama diproses dan dibungkus yang dijual di bawah jenama "Chop Rusa".

Pada tahun 1963, syarikat itu memperoleh Shalimar Estate dengan kilang teh pemprosesan di tapak itu. Oleh itu, syarikat dan produk telah kukuh, menikmati rangkaian jualan berkembang dengan pemborong teh utama.

Dengan jaminan kawalan kualiti berterusan produk, Cameron Bharat jenis tanaman menjadi pembekal yang disukai dan penting teh pukal kepada pengisar teh utama termasuk nama-nama jenama teh terkenal yang ditubuhkan di Malaysia.


Bermula tahun 1994, menyaksikan syarikat menyebarkan ia sayap langsung ito pasaran pengguna dengan pengenalan sendiri "Cameron Valley" rangkaian mereka teh. 
- Sumber: http://www.bharattea.com.my/

Ini ada beberapa gambar masa GK dan keluarga bercuti aritu..
adik adam rasa seronok sangat...dengan hujan renyai-renyai dapat panajt bukit lagi
Abang Aidil yang wish nak sangat makan strawbery...



GK dengan mak ayah dan anak-anak...


aidil dan adam happy sangat bila air terjun tu terpercik kena depa..
2) CAMERON LAVENDER:
Tempat ini memang menarik tapi sayangnya masa kami sampai tu dah agak senja..so ayah kata tak payah la masuk sebab satgi kita nak turun pi KL pulak...memang frust juga la sebab dah alang-alang sampai ayah lak tak bagi masuk..mak nak dok dalam kereta...so pikiq balik nanti mai la...jangan jadi ayah derhaka...

Tapi GK ada google yang Cameron lavender ni best sebab taman ini bukan sahaja mempunyai lavender, malah memiliki pelbagai spesies bunga lain dan buah strawberi.Kawasannya bersih pada musim lavender berbunga, pengunjung pasti terpesona dengan barisan bunga-bunga ungu yang menghiasi taman berkenaan.Pengunjung bukan sahaja boleh memetik strawberi malah bunga daisi juga.Ia mula dibuka pada tahun 2013 dan pengunjung boleh membeli hasil keluaran taman ini seperti minuman susu strawberi dan aiskrim dengan harga berpatutan.
pintu masuk cameron lavender

aidil dan adam dengan abah...

Next time GK nak pi lagi sebab tak puas pi haritu...kali ni nak stay 3 hari...target pasni nak pi:

1) Taman rama-rama
2) Cactus Valley
3) Big Red Strawberry Farm
4) Kea Farm
5) Ladang Lebah EQ Feng Chu
6) Taman Agro Tek Mardi
7) Muzium Time Tunnel
8) Rose Center

GK sempat la singgah kat Pasar Malam Brinchang...sempat la borong strawbery dan cactus...bye....


HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP